Wednesday, July 27, 2011

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

Posted by FadhDeela at 12:31 AM
Reactions: 
Sebelum aku tido saje jer aku nak kongsi ngan korang smua!! wat la amalan sebelum tidoo!!

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

7 comments:

fairus said...

TERIMA KASIH KERANA BERKONGSI..

FasiHaH SupiaN said...

perkongsian yg bermanfaat :)

asnizaziz said...

thnka atas infonya..sunnah Nabi mmg bagus utk diamalkan :)

salemaziz said...

insyaAllah buat sume2. niat da ade..:D

fadhdeela said...

@fairus, @fasihah, @asnizaziz, @salemaziz: ilmu yg ada perlu di kongsi bersama :)

KertasWarnaMerah said...

berguna entry nih... sama2 amalkan..^^

”cepat datang komen blog saya pulak!!!”

fadhdeela said...

KertasWarnaMerah: sama2 la kita amalkan.. :)

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review