Saturday, June 18, 2011

Novel Kasih yang Suci...

Posted by FadhDeela at 12:42 AM
Reactions: 
pasti ramai yg tahu pasal novel kasih yang suci nie kan???hihihi kenapa skrg ramai yg giler duk cari novel nie? nie smua penangan cite bersiri Nora Elena...sbb ape ramai yg minat cite nie msti la sbb aaron aziz!! hahahahhaah macho nyer la mamat tu..seriously dia mmg macho, handsome dan romantik giler! *dlm cite nie la* kalo kat luar xtau lak aku betul ke x..meh aku story sikit pasal sinopsis dlm novel & drama Nora Elena..!!

KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran. Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun.
Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci.

bestt cite nie!! aku layan kat utube jer sbb waktu siaran dia aku masih kat opiss!! xsabo lak nak g cari kat kedai buku novel nie..kalo aku dah baca nnt aku cite erk best ke x!..

4 comments:

wida said...

lepas ni msti terindu-rindu kat seth tan:)

fairus said...

cita nora elena memang best.. :)

fadhdeela said...

wida: sgt macho seth tan! oohh aaron aziz :)

fadhdeela said...

fairus: huh layan jugak anda ya :P

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review