Tuesday, June 7, 2011

Kena Rogol Dalam Toilet..

Posted by FadhDeela at 10:44 PM
Reactions: 
Mlm2 mcm nie br aku nak baca paper! ciannyer aku nie..org dah nak baca paper esok aku br nak baca paper ari nie..!! kuikuikuikui ape leh wat keje bykk...xpernah yg abiiisss!!
Sedih aku baca paper ari nie..bdk 8thn kena rogol dlm tandasss!! walaweeeiii ape la yg ko dpt dengan rogol bdk xcukup umur tu???? breast budak tu pun xcukup nak besar lg..ape la nak jadi ngan dunia skrg nie??sedih aku baca la..kes rogol..kes buang anak..kes sumbang mahram..kes bunuh!! sana sini diperkatakan..!!ape la nasib anak2 kita akan datang erkkk..takuttnyer nak hadapi dunia akan datanggg..Ya ALLAH selamatkan umat islam di dunia ini!!!!
jauh lari aku nie..aku nak cite pasal kanak2 yg kena rogol dlm tandas tu..! meh baca petikan metro:

PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki gila seks merogol kanak-kanak di dalam tandas sebuah sekolah di Sekinchan, Sabak Bernam, membawa padah apabila dia dicekup orang ramai ketika cuba melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas mangsa menjerit, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang berusia lapan tahun datang ke sekolah terbabit bersama kakak dan abang iparnya untuk menghadiri majlis perkahwinan di dewan sekolah berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata mangsa meminta izin untuk ke tandas dengan ditemani abang iparnya.

Menurutnya, bagaimanapun selepas kira-kira 15 minit abang ipar kanak-kanak terbabit menunggu di luar tandas, dia bertanya kepada adiknya sama ada sudah selesai membuang air atau belum, namun mangsa memberitahu belum selesai.

“Abang ipar mangsa pergi ke kantin berhampiran tandas dan menunggu di sana. “Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian, dia terdengar jeritan adik iparnya dari dalam tandas menyebabkan dia berlari ke situ. Ketika itu dia terlihat kelibat seorang lelaki berlari dalam keadaan bogel,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.

Mohd Adnan berkata, abang ipar mangsa meminta bantuan orang ramai di situ sebelum mereka mengejar suspek dan menangkapnya dan diserahkan kepada polis.
“Hasil siasatan suspek yang berusia 20-an mempunyai dua rekod jenayah lampau dalam kes samun, bagaimanapun ujian air kencing ke atasnya negatif. Suspek juga tidak mempunyai pekerjaan. “Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan suspek direman sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan,” katanya.

10 comments:

anem ahia said...

astaghfirullah....ape la nak jadi ni..nasib baik lah budak tu menjerit....ngan budak2 ni pon boleh jadi kan..isy3...

miss raihan said...

bengonglah lelaki tu.mcm binatang xguna akal ke apa.
marah ni...

fairus said...

astagfirullah...

Ayie said...

bangang nak mati.. kalau dapat kat teman, memang saje je dia hilang alat teruna dia.. teman buat free of charge..

fadhdeela said...

anem ahia: dunia skrg smua dah giler!! bdk2 pun dia nak sebatt..

fadhdeela said...

miss raihan: kena rejam jer org2 mcm tu..!!

fadhdeela said...

fairus: teruk tol org mcm tu!!

fadhdeela said...

Ayie: kerat jer dia punye tu!!! menyusahkan orgg

Adzriel @ Liza AB said...

ngeri... nasib tak dicekiknya. teringat anak2.

fadhdeela said...

kak liza: mcm2 halkan skrg..menakutkan jer :(

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review