Friday, May 27, 2011

Tomok Nak Kahwin ",)

Posted by FadhDeela at 11:44 PM
Reactions: 
Tomok nak kawen..!! besar dah tomok nie..hihihi dulu ingt lg masa dia ngan new boys..hahahaha kelakar tol muka dia..!! pastu kena baling telur masa wat show kat mlk..hihi skrg nie tomok dah xmacam dulu..sedap jugak sore dia skrg..aku suka tgk tomok masa OIAM dulu.. 1 july nie tomok bakal berkawen ngan seorg pramugari..!

KUALA LUMPUR: Juara rancangan realiti TV, One In A Million musim ke-3, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, akan menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai depan dengan pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Siti Rahayu Abas, 32 .

Tomok berkata, dia mengenali Siti Rahayu sejak lapan tahun lalu dan memilih 1 Julai ini sebagai tarikh akad nikah yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Datuk Keramat di sini.
Penyanyi yang kini popular dengan lagu Merentas Masa itu berkata, dia mengenali bakal isterinya itu secara tidak sengaja pada 2003 sebelum bertukar-tukar nombor telefon.

“Ketika itu Tomok terbabit dalam satu set penggambaran telemovie bersama New Boyz di Cheras. Kebetulan, Siti Rahayu melalui kawasan penggambaran itu dan kami bertegur sapa selain bertukar-tukar nombor telefon sebagai peminat dan artis,” katanya.

Menurut Tomok, dia tidak menyangka hubungan persahabatan dijalin bertukar menjadi cinta sehingga membawa ke jenjang pelamin. “Pada 6 Julai pula, kami akan mengadakan majlis persandingan tertutup di Saloma Bistro khas untuk rakan artis dan media manakala kenduri pihak keluarga saya akan dilangsungkan pada 9 Julai di rumah ibu bapa saya di Alam Damai, Cheras,” katanya.

2 comments:

Cik Aish said...

tomok dulu lagu meleleh je..dah besau panjang skng dia ye. hehe

MiYOKO SuKi said...

waaa...nk kawen dah ye tomok nii...

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review