Thursday, May 12, 2011

Salleh Yaakob Kahwin 4??

Posted by FadhDeela at 9:26 PM
Reactions: 
Syabas la Salih Yaakob sbb bakal cukupkan kuota kawen 4..huhuhu terbaikk la!! bkn senang wei nak berlaku adil biler berpoligami nie..paling aku kagum bini2 dia smua nyer baik2 belaka..bakal bini baru nie cantek orgnyer..rupa macam anak mami pun ada jugak! ape la ilmu salih yaakob pakai erk..bini muda dia nie muda betul baru umur 24thn..!! salih yaakob umur 50thn!! peeehhhh beza 26thn sehh!!hahahahaha msti ramai lelaki2 kat luar sana nak blajo ilmu kawen 4 ngan salih yaakob kan..hikhikhik alasan bakal isteri dia nak kawen ngan dia sbb Salih Yaakob Comey!! *ehsan metro*

KUALA LUMPUR: “Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya,” kata bakal isteri keempat pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 24.

Gadis manis dari Johor itu bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami Salih yang sudah diamalkannya sejak puluhan tahun lalu. Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.

Emi berkata, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami, sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga. “Rupa paras perkara kedua bagi saya, lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu ada pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.

7 comments:

GamUHU said...

adess! comey plak si emi nih. :D

zati embong said...

kalau dah jodoh... O.o

Puan Kutu said...

layak panggil ayah dah si salleh nie yer emi.huhu..apa pun semoga jodoh berkekalan..

**::CIKNUURUL::** said...

mmg comel,..brtuahnye la bini2 die sbb boleh berbaik kn,.hehe,.thniah abg salleh,.huhu,.i polo,.

Ardini Humaira said...

dapat payung emas di akhirat nanti ister-ister dia :)

fadhdeela said...

**::CIKNUURUL::**: hihi tahniah2..harap abg saleh dpt berlaku adil

fadhdeela said...

Ardini Humaira: hihihi insyallah :)

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review