Monday, May 30, 2011

Koma disimbah Asid

Posted by FadhDeela at 12:10 PM
Reactions: 
ape penyakit la diaorg nie..nape suka suki jer nak simbah org ngan asid..!!! skrg nie slalu sgt aku baca kat paper pasal simbah asid..ari tu 2 india nie simbah asid kat perempuan tp ari nie aku baca org simbah asid kat lelaki lak...diaorg nie ingt nyawa manusia nie mcm nyawa semut ke????!! xde hati perut langsunggg...huh!! tgk gambar tu..sopakk terus muka pakcik nie!! Ya ALLAH kesian nyer!!! marah sungguh aku..meh baca petikan metro!!

JOHOR BAHRU: “Mereka yang melakukan ini dayus. Akibatnya suami saya bukan saja melecur hampir keseluruhan muka dan badan hingga ke paras pinggang, malah cacat penglihatan seumur hidup,” kata isteri kepada mangsa simbahan asid, Zaiton Aris, 50, semalam.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, akibat perbuatan itu suaminya, seorang pemandu teksi, Khairul Zaman Jaiman, 47, bertarung nyawa di Wad Rawatan Kebakaran di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Menceritakan insiden menyayatkan hati itu, Zaiton berkata, kejadian pada jam kira-kira 12 tengah hari, 5 Mei lalu apabila teksi suaminya ditahan dua lelaki menaiki Proton Saga warna putih di Jalan Sena di Taman Rinting, di sini, iaitu satu kilometer dari kediaman mereka.

“Saya difahamkan, dia memberhentikan kenderaan apabila dua lelaki mahu bertanya arah. Apabila suami menurunkan cermin kenderaan, seorang daripada mereka menyimbah asid ke muka suami. Suami meraung kesakitan sambil meminta tolong sebelum orang awam yang berada di lokasi menyiram air dan menghantarnya ke hospital,” katanya.

5 comments:

najwa's said...

apa motip gi simbah asid tu ye?

miss raihan said...

pehal lah org zaman skunk.sedih baca =(

nelly said...

siannya dia ~
=='

fadhdeela said...

najwa's: xtau la..yg india 2 org tu pun xtau ape motif dia..huh

fadhdeela said...

miss raihan: xtau la..semua syco org skrg..huh

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review