Saturday, April 23, 2011

Siaran Langsung Wedding Prince William..

Posted by FadhDeela at 9:26 PM
Reactions: 

Masanya telah tiba untuk Westminster Abbey meraikan ikatan cinta agung dua ikon dunia, Putera William dan Kate Middleton. Sejarah bakal dilakar dengan perkahwinan antara putera raja Britain dan kekasihnya yang akan berlangsung pada 29hb April.

Rakyat Malaysia juga berpeluang berkongsi detik bersejarah ini kerana hanya ntv7 saluran televisyen percuma yang bakal menyiarkannya secara langsung! Tontonilah The Royal Wedding Coverage of HRH Prince William and Kate Middleton pada 29hb April jam 3.00 petang hingga 8.30 malam, yang menampilkan laporan eksklusif oleh krew ntv7 di London, hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda.

Lintas langsung majlis ini akan disiarkan di berita ntv7 dalam ketiga-tiga bahasa – Edisi 7, 7 Edition dan Mandarin 7, bermula 22hb April dengan laporan terkini persiapan majlis perkahwinan ini.

Saluran Ceria Anda juga akan menampilkan ulasan ekslusif oleh penyampai ternama dari BBC News, Huw Edwards. Wartawan dan penyampai berita BBC News at Ten dari Wales yang pernah memenangi anugerah BAFTA ini akan memberi ulasan menarik di majlis perkahwinan itu nanti, selain temuramah eksklusif dengan teman rapat pasangan dan keluarga DiRaja tersebut. Tetamu yang akan ditemuramah di studio BBC termasuklah sejarawan DiRaja, pakar fesyen, dan hadirin yang dijemput ke majlis terkemuka ini.

Tiga jam sebelum berlangsungnya perkahwinan ini, Edwards akan mengupas keadaan yang berlaku di sekitar istana, selain melaporkan keterujaan dan semangat mereka di sekitar Central London dan kawasan utama lain seperti St. Andrews dan kampung halaman Kate di Bucklebury.

Perarakan perkahwinan ini akan diikuti dari mula hinggalah acaranya berakhir di Buckingham Palace. Edwards juga akan mengulas tentang impak majlis gilang-gemilang ini terhadap seluruh dunia. Rancangan ini juga merakamkan detik bermakna ketika pengantin DiRaja ini membuat kemunculan di serambi istana bersama ahli Keluarga DiRaja yang paling rapat.

Majlis perkahwinan DiRaja yang menghidupkan fantasi dalam realiti ini pastinya sesuatu yang dinanti-nantikan sepanjang abad ini. Saksikanlah sejarah yang bakal dilakar SECARA LANGSUNG pada 29hb April 2011, jam 3.00 petang hingga 8.30 malam hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda. Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.ntv7.com.my atau www.tonton.com.my. Perkahwinan DiRaja ini juga akan diulang tayang di Catch Up TV melalui TonTon selama tujuh hari selepas majlis ini berlangsung.

6 comments:

zati embong said...

huhu.dr pkul 3ptg smpai 8.30mlm?woo lama 2. O.o

Solihin Zubir said...

sweet kan diorg...
mmg sepadan...

whitecappuccino said...

rasa baru jer tengok wedding mak dia dulu..

fadhdeela said...

zati embong: tu la pasal..lama sgtt!! hihi

fadhdeela said...

Solihin Zubir: xsabo nak tgk grand ke x wedding diaorg nnt :P

fadhdeela said...

whitecappuccino: suka mak dia..baikk jer :P

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review