CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 3, 2011

Seri Bayu Meninggal Dunia

pernah dengar xpasal komposer seri bayu??Arwah telah kembali ke rahmatullah semalam dan jenazah telah selamat dikebumikan di port dickson.

Penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, meninggal dunia pada 8.15 malam tadi (2April 2011) di Hospital Port Dickson selepas menderita sakit saraf selama enam tahun. Menurut sahabat baik penulis lirik itu, Azmi Zahari, Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru. "Beliau dimasukkan ke hospital di Port Dickson kerana semasa kejadian, Seri Bayu tinggal bersama abang angkatnya di Kampung Teluk di Port Dickson. Sebelum ini, Allahyarham dijaga oleh adik angkatnya di Serdang," kata Azmi yang juga Exco Pertubuhan Insan Prihatin kepada Bernama. Allahyarham yang berasal dari Singapura akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12, Kampung Teluk di Port Dickson, selepas waktu Zuhur. Seri Bayu pernah mendirikan rumahtangga sebanyak dua kali dan dikurniakan lima anak dengan isteri pertama. Beliau pernah mencipta lagu untuk Jamal Abdillah dan Anita Sarawak serta ramai lagi artis tempatan yang lain.

Aku pernah tgk 1 rancangan aznil kat tv pasal arwah..sedih tgk jalan cerita hidup dia..dia tinggal pun ngan abang angkat..smua kehidupan dia di uruskan oleh abg angkat arwah..mulia gilerr abg angkat dia sanggup jaga arwah yg berkeadaan mcm tu..
Al Fatihah buat Arwahh..semoga berada disisi org2 yang berimann..amin

2 comments:

aLieF si Muncung ManiS said...

alfatihah..salam takziah...huhu..hilang seorang ahli seni kat malaysia ni..:P

fadhdeela said...

alief: alfatihah...