Thursday, April 14, 2011

Raja Petra dedah komplot penyokong Anwar fitnah Najib

Posted by FadhDeela at 1:39 PM
Reactions: 

KUALA LUMPUR - Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu yang mahu menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.

Katanya, beliau sendiri tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu tersebut.

Individu tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tindakan itu bagi menyekat Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi ke tempat itu, kawasan itu hutan dan saya fikir nak panjat bukit, masuk hutan tengah malam pukul 12 malam, saya ingat mustahil," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini. *mmg la 'DIA' xleh nak masuk hutan smua tp konco2 dia leh x?? hikhikhikhikhik*

Rakaman temu bual itu disiarkan Buletin Utama TV3 malam tadi.

Raja Petra berkata, dalam akuan sumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008, menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

*mcm2 hal la ngan politik kat Malaysia nie!!! korang dah besar dah dewasa blajo pun tinggi..so pikir la yg terbaik...nape kes Altantuya senyap mcm tu jer erkk?? aku yg terlepas ke dah senyap jer???? hihihihi Pembangkang aku xsokong BN pun aku xsokong..ape yg aku nak Malaysia Aman jauh dari peperangan..!!

16 comments:

saya YANA said...

politik.. biasa la tu.. lagi2 nak undi2 ni.. macam2 hal...

munna said...

tu lah klu berkaitan pasal politik ni kak munna tak berapa nak ambil tahu..ada je yg keburukan org lain di bongkar... hendaknya aman sentiasa kita di malaysia ni

mizzura said...

tadi dah tengok berita pagi..mlm ni nak tgk full berita...

|Make-Up Artist Tak Mekap Artis Je|

Ayie said...

kes altantuya tuh, tak ada bukti nak kaitkan PM.. Senang cite, semua tuh cakap mulut je kata PM ada kaitan.. Malangnya, tak ada bukti kukuh.. Sebaliknya bukti yang ada telah menyebabkan ada pegawai kanan polis yang terlibat masuk ''dalam''..

Yeah.. Hidup ''undi rosak''.. hahaha

fadhdeela said...

saya YANA: tah la diaorg nie..lantak la jnji malaysia aman :P

fadhdeela said...

munna: kita bako jer la kak diaorg nie!! hihihi

fadhdeela said...

mizzura: huhu xdpt tgk berita..kat opis lg :(

fadhdeela said...

ayie: biar la diaorg jnji malaysia jgn perang dah la..

Liza @ Adzriel AB said...

itu le pasal. letih tengok drama tu.

Henry Zackery said...

biasalah tu... politik...

GEMPAR !! Blackberry Terbaru Boleh Baca Isi Hati

Aishah Rahman said...

Conflicts!

Solihin Zubir said...

haha.. dh bosan dgn taktik kotor bn bila menjelang pilihanraya...
media dipergunakan dgn sebaiknya utk meracuni rakyat...

fadhdeela said...

kak liza: xbest pun kak..xyah tgk..deela pun menyampah giler

fadhdeela said...

Henry Zackery: menci tau hihi :P

fadhdeela said...

Aishah Rahman: menyusahkan smua org..huhu

fadhdeela said...

solihin: skrg nie paling menyampah nak tgk berita utama tv 3..suka tgk awani..bernama..mmg terbaik hihi :P

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review