Saturday, April 16, 2011

Shisah Lebih Bahaya daripada Rokok!!

Posted by FadhDeela at 10:54 PM
Reactions: 
“Kajian daripada Department of Health and the Centre for Tobacco Control, mendapati bahawa shisha lebih berbahaya berbanding rokok. Pada tingkat yang sangat parah, shisha 400 hingga 450 kali lebih bahaya daripada rokok biasa!”

Kenapa shisha bahaya?

Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.

Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.

Penyakit Bakal peminat shisha dapat

Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB.

Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital. Jadi para sahabat dan peminat shisha yang selalu cakap shisha ni alternatif kepada rokok, sila tinggalkan aktiviti shisha anda atau anda terdedah kepada penyakit yang mara bahaya!

4 comments:

~::KUYA HARIS::~ said...

huiii...macam mana laa orang boleh suka makan asap eah?bukan kenyang po.hehe ^^

fadhdeela said...

kuya: tah la diaorg nie..sedap ke??huhuhu

Redbloodsnow said...

kat cnie..lom lg nampak kedai² mkn yg menyediakan sisha...huhu

fadhdeela said...

Redbloodsnow: kat sini zie majoriti kedai mkn ada shisah nie..busukkk!!

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review