Monday, March 28, 2011

Tips: Hubungan Cinta Jarak Jauhh..

Posted by FadhDeela at 10:40 PM
Reactions: 
Hubungan Jarak Jauh menuntut pengorbanan dan kesetiaan yang sangat tinggi!!!
Pensyarah Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof.Madya Dr. Khaidzir Ismail memberitahu, hubungan jarak jauh ni sebenarnya, jika difikir dari sudut positif adalah lebih manis
"Ia ibarat jauh di mata, dekat di hati". Pasangan yg terlibat akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan timbul rasa kehilangan dan kekosongan.

Berikut beberasa tips bagi membantu pasangan mempertahankan hubungan jarak jauh:

Kepercayaan dan kejujuran
Kepercayaan adalah keutamaan jika mahu perhubungan sebegini berhasil. Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam keadaan bahaya. Anda perlu percaya dan berserah pada takdir.

Komitmen
Komitmen amat penting dlm perhubungan. Jika anda dan pasangan memberikan komitmen sepenuhnya dlm perhubungan, ia akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja, cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya. Apa pun ia terpulang kepada individu.

Selalu Berhubungan
Komunikasi amat penting. Walaupun tidak dapat berkomunikasi secara bersemuka atau secara langsung, anda dan pasangan masih boleh berhubungan dengan email, chatting dan menelefon.
Ia penting bagi mengelakkan pasangan mengisi kekosongan yg ada dgn mencari keseronokan dengan org lain. Mungkin ia bermula dgn mencari teman untuk makan, bersukan atau sebagainya, namun ia mungkin akan membibitkan rasa cinta antara si dia dan teman baru.

Jangan letakkan banyak harapan
Setiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang terakhir dgn kebahagian, namun jarang sekali sekali meletakkan harapan tinggi dlm perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yg tragis.
Bukan bererti anda tidak perlu serius dlm menjalinkan hubungan, cuma jgn letakkan harapan 100% terhadap hubungan cinta jarak jauh sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi. *btul2...kang mula la frust menonggeng!!*

Kesetiaan
Perhubungan sebegini memerlukan kesetiaan antara pasangan yg bersungguh2 dan ikhlas. Jika tidak hubungan tidak akan berjaya. Kebanyakan pasangan yg tiada sifat ini akan putus terutama melibatkan pasangan yg baru diperingkat bercinta tiada ikatan. Dlm kes ini, kebiasaannya lelaki kerap berlaku CURANG!!

Emosi
Jgn terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk. Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan.

ape2 pun semua nyer terserah pada hati...kalo btol2 jujur dan ikhlas jauh mana pun xkan menjadi masalah...Jodoh Pertemuan ketentuan ALLAH!!

16 comments:

Ezal R said...

btol2.. sume ni penting, penah alami kes macam ni, last2 xdpt thn gak after 4 years.. but, kes aku ni bkn lelaki curang, tp sebaliknya.. hohoh frust die bkn men.... huhuh...

tu semua cite dlu, skng bukak bku baru..hahaha

ayie said...

susah woo jarak jauh ni.. ikhlaskan hati..huhu

Farhan Zulhusmi said...

the conclusion is....
perlukan doa,usaha,ikhtiar dan tawakal............
ok.......
:-)

Adzriel AB said...

wow.. akak memang tak berkenan dgn jarak jauh ni. i don't trust dia or myself..ha..ha..

kiera'sakura said...

jujur ... kunci utama mengekalkan perhubungan.. insyaallah...

n!ny_la!ho said...

aku pnh ada cinta jarak jauh ni...mslh nye, aku je yg setia, dia x...h0h0h....sume tips2 tu aku buat, tp kal0 sebelah pihak je, mmg x jadi gak....cm hampeh le jadinye...

fadhdeela said...

Ezal R: waaaaa sama la dgn temannnn..biasa la xsmua pmpn setia dah xsmua laki xsetia.. :)

fadhdeela said...

ayie: yup betul tu yg pentinggg hati kena ikhlas :)

fadhdeela said...

Farhan Zulhusmi: yaaa...tepatt sekali!! :)

fadhdeela said...

kak liza: deela pun xsuka tp dah terjadi nak wat mcm mana??hihihi :P

fadhdeela said...

kiera'sakura: yup..jujur dah kepercayaan tu pentingg

fadhdeela said...

nini: biasa la beb..kita nie penat jer setia tppp yg kat sana ampehhh tol..hanginn jer!!

aLieF si Muncung ManiS said...

alief bace je lah tips ni..wlaupun alief ni tak ada gf lagi...huhuhu...mana tahu lepas ni alief bercinta dgn karisma kapoor...haha

Fairus Bin Mamat said...

TAKYAHLAH NAK BERCINTA JARAK JAUH.. CARI YANG DEKAT2 JE.. DULU SAYA MACAM NAK RAK BERCINTA DENGAN ORANG KELANTAN.. LAST2 KAHWIN DENGAN ORANG SAMA NEGERI.. DEKAT PLAK TU.. :)

fadhdeela said...

alief: hahahhaha xper la alief baca utk pengetahuan hihi :P

fadhdeela said...

fairus: agak la takut jugak nak bcinta jarak jauh nie..kalo sama negeri lg senang nak blk kg time raya hihi :P

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review