Wednesday, March 2, 2011

Mentor Musim Ke 5

Posted by FadhDeela at 10:25 PM
Reactions: 
PETALING JAYA: Enam peserta dipilih sebagai “protoge” dalam rancangan Mentor musim ke 5 yang bakal berlangsung pada 6 Mac ini.
Antara peserta tersebut ialah Salma, Ayish, Ratna, Shiha, Aiman dan Iqa.

Kesemua mereka telah memulakan latihan dan persiapan bersama Mentor masing-masing iaitu Erra Fazira (Salma), Noh Hujan (Ayish), Afdlin Shauki (Ratna), Datuk Sharifah Aini (Shiha), Rahim Maarof (Aiman) dan Edry Halim (Iqa).

Menurut Eksekutif dan Pengarah Mentor 5, Muhamad Sufian Isa, setelah melakukan sesi uji bakat barisan Mentor telah melakukan pemilihan dengan teliti. "Kami telah menerima penyertaan hampir tiga ribu orang di enam sesi uji bakat dan kiriman demo nyanyian. "Selain menjadi inspirasi, Mentor juga menggalas tanggungjawab dalam perancangan strategi mengasah bakat protoge mereka," katanya pada sidang media Showcase Mentor musim ke 5, di sini, Selasa.

Tambahnya, cabaran utama ialah terhadap jangkauan penonton lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini. “Dua siaran Mentor minggu lalu menunjukkan rating yang tinggi iaitu 3 juta penonton, jadi cabarannya ialah kita mahu jumlah tersebut kekal dengan memberikan yang terbaik. “Persiapan rapi telah dibuat untuk memastikan semua berjalan lancar untuk konsert pertama pada Ahad ini,” katanya.

Musim kelima masih mengekalkan format pemarkahan yang sama iaitu 50 peratus daripada juri berpengalaman, 30 peratus melalui undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20 peratus daripada juri awam. Pengacara Mentor 5 masih mengekalkan Ally Iskandar, selain Nas Ahmad sebagai pengacara bersama untuk kisah di sebalik tabir. Manakala Ajai sebagai Penasihat Vokal, Adam sebagai Penasihat Persembahan, FaizalUzir sebagai Pengarah Muzik dan Ramli M.S dilantik sebagai juri tetap buat pertama kalinya.

Juara rancangan itu melayakkan protoge membawa pulang sebuah kereta Chevrolet Cruz.

Kedua-dua protoge dan mentor masing-masing akan turut menerima wang tunai RM100,000.

Bagi tempat kedua protoge akan mendapat sebuah Vespa LX150 *teringat DIA suka vespa!!* dan masing-masing akan menerima RM30,000 bagi mentor dan protoge.

Konsert mingguan Mentor akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSB) pada setiap Ahad pukul 9 malam.

8 comments:

phreak-id said...

Ekceli aku lagi suka masa sessi ujibakat daripada konsert mentor sebenar. Sebab masa ujibakat boleh tengok macam-macam ragam orang. Hahaha

Terbaru > Gossip Blogger >Nak Malu ke Nak Sentap Dengan Gplusmy ni? > Coke's Secret Formula - Coca Cola Ada Alcohol?

Blogger Girl said...

jom join..
http://ayesharamlee.blogspot.com/2011/03/join-traffic-blogger-baru.html

ShaZa's said...

agak2nya protege mana ler yg plg best ekk

tgk2lah: http://szspace.blogspot.com/2011/03/deela-punyer.html

fadhdeela said...

phreak-id: tau xpe..bole gelak guling2..sore xsedap pun dtg..semanga!! :P

fadhdeela said...

Blogger Girl:inysallah nnt kita join :P

fadhdeela said...

kak sha: den mcm tau jer kak sha..sioot la..malu la sy!!

ShaZa's said...

hahahahah...alaaaaaaaaaaaa xyah shy2 laa.. hehehehehe

fadhdeela said...

kak sha: i ada kemaluan ok!! hahahahahahahaahahhaa :P

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review