CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 11, 2011

Gempa Bumi teruk kat Jepun

aku br baca pasal gempa bumi & Tsunami kat jepun nie..betapa bz nyer aku smpai berita mcm nie pun xtau...risau lak aku pasal adik sepupu aku kat sana..dah la adik spupu aku tu nak tunang 19/3/11 nie..so next week dia dah kena blk malaysia..bile dah jadi mcm nie xtau la dia selamat ke x nak blk malaysia..
Kwn2 tolong doakan smuanyer berjalan ngan lancar..mari kita doakan semua sedara & rakyat Malaysia kita di jepun selamat... Amin

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di beberapa kawasan utama yang terjejas akibat gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richter di Pantai Honshu, Jepun jam 1.46 petang, semalam dilaporkan selamat dan kini ditempatkan di penempatan sementara. Antara kawasan yang teruk terjejas adalah di Miyagi, Iwate serta Aomori dan mengikut maklumat daripada Kedutaan Besar Malaysia di Jepun rakyat Malaysia yang berada di kawasan terbabit seramai kira-kira 100 orang termasuk pelajar.

Menurut Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Jepun, Ahmad Rozian Ab Ghani, pihaknya berjaya menghubungi beberapa pelajar melalui Facebook mereka sejurus selepas gempa kuat itu dan keadaan mereka selamat tanpa sebarang kecederaan. “Alhamdulillah, setakat ini tiada lagi laporan mengenai kehilangan atau pun kematian membabitkan rakyat kita di sini, namun kita akan memantau keadaan semasa,” katanya ketika dihubungi di Nanpeidai-Cho Shibuya-Ku, Tokyo, malam ini.

Wisma Putra meminta rakyat Malaysia mempunyai ahli keluarga di Jepun supaya menghubungi pihaknya bagi memeberikan maklumat mengenai kedudukan mereka di negara matahari terbit yang baru dilanda gempa bumi dan tsunami itu bagi memudahkan sebarang bantuan diberikan.

Jurucakapnya berkata, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8887 4570, 03-8887 4570, 03-8887 2746, 03-8887 2746, 03-8889 2830, 03-8889 2830, 03-8887 4770, 03-8887 4770, 03-8889 2380 03-8889 2380 , 019278 4566 019278 4566 atau melayari www.kln.gov.my.

6 comments:

ardinihumaira said...

harap2 tak kena di malaysia, amin

esa said...

semoga dipermudahkan urusan oleh Allah.

~noor haida~ said...

weh...fiza ok x?die nk tunang dh ke??wah bole tahan gak bdk kecik tu ek hehe~

fadhdeela said...

ardinihumaira: harap sgt..umh kat kg dekat ngan pantai..huhu

fadhdeela said...

esa: AMINN!!

fadhdeela said...

ida: alhamdulillah dia ok..time kena tu dia otw nak g airport dlm komuter tetibe komuter stop..dia kol busu aku then busu aku suh blk semula.
aah dia nak tunang 19hb nie..ko nak g x??kitaorg pun terkejut tetibe bgtau nak tunang..huhu ape2 aku sms ko..