Monday, February 21, 2011

Tuala wanita punca barah pangkal rahim

Posted by FadhDeela at 9:48 AM
Reactions: 
Kementerian Kesihatan digesa memberi penjelasan kepada orang ramai berhubung dakwaan bahawa penggunaan tuala wanita dikatakan menjadi punca wanita menghidap penyakit barah pangkal rahim.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata penjelasan perlu bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung dakwaan itu yang dibuat beberapa persatuan pengguna dan tersebar melalui internet.
Berdasarkan kajian sebuah persatuan pengguna, antara punca utama wanita diserang barah pangkal rahim adalah disebabkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan buangan termasuk kertas terpakai.

“Jika kita kaji dan membuat perbandingan, wanita pada zaman dulu tidak menghidap penyakit barah pangkal rahim kerana tidak menggunakan tuala wanita, justeru, dakwaan itu memang nampak ada asasnya. betul jugak kalo pikir logik!!

“Sebab itu kita minta kementerian membuat kajian dan mengumumkan sama ada dakwaan dibuat persatuan pengguna terbabit betul atau sebaliknya supaya orang ramai terutama di kawasan luar bandar tidak terus keliru,” katanya. explain pleaseee!! kami tiap2 bukan pakai bnda tu!!

Beliau berkata demikian ditemui selepas merasmikan Kem Kesihatan Felda Bukit Banding bertemakan ‘Ke Arah Kesedaran Penyakit Kusta dan Barah’ di Dewan Sivik Felda Bukit Banding, Ajil, Hulu Terengganu di sini, semalam.
Sementara itu, Rosol juga meminta Kementerian Kesihatan membuat kajian mendalam mengenai serangan angin ahmar yang semakin berleluasa hingga kerajaan negeri mendapati hampir setiap keluarga ada seorang penghidap.

“Selain kajian, kementerian juga perlu menggiatkan kempen kesedaran dan langkah pencegahan bagi mengelak serangan angin ahmar di kalangan penduduk termasuk di kawasan luar bandar.
“Kita difahamkan punca utama serangan angin ahmar adalah disebabkan saluran darah tersumbat dan saluran urat pada otak pecah,” katanya

17 comments:

apezs shah said...

wooo mmg perlukan penjelasan yg jelas la ni..

sicKo^ said...

skrang ni.. kebanyakan barang keperluan dah jadi bahaya sebab diorang tak buat betul.. semua fikir nak save cost jer

fadhdeela said...

apezs: tu la pasal..sgt memerlukann..cian wanita :P

fadhdeela said...

sicko: tu la pasal..brg murah sbb material dia xelok..menakutkan tol!!

fizalinolie said...

Perkongsian yang menarik... Tak ramai yang tahu tentang tuala wanita... Thanks gak sebab follow blog saya. keep in touch :)

fizalinolie said...

Perkongsian yang menarik... Tak ramai yang tahu tentang tuala wanita... Thanks gak sebab follow blog saya. keep in touch :)

aibaks said...

kepada kaum hawa.. berhati2 la yer!

ain said...

ain pkai Avail, mmbr kate ok, ain try je lah.hu3

Adzriel AB said...

kena pakai kain pulak le. sempat la merasa zaman dulu.. he..he..

samdaddycool said...

Kenyataan yang dibuat sugguh mengelirukan banyak pihak. Abis, kena guna cara macam orang-orang dulu balikkah?

AcheeqAzah said...

harap KK cepat buat penjelasan.. brg ni tiap2 bln org pompuan pakai..
kalo bahaya, nmpknya back to mcm org dulu2 ..

fadhdeela said...

fizalinole: kongsi sesama info yg dapat!! :P u r welcome :)

fadhdeela said...

aibaks: ngeri bile statement nie btoll!!

fadhdeela said...

ain: xtau la jenama ape yg ok skrg nie..tunggu kenyataan org atasan :)

fadhdeela said...

kak liza: tu la pasal..alamak xselesa la kalo pakai kain huhu

fadhdeela said...

samdaddycool: tah la kena tunggu kenyataan dr diaorg la skrg nie..huhu

fadhdeela said...

acheeqazah: btol2 diaorg kena bg kenyataan secepat mungkin..kita wanita tiap bulan akan pakai bnda tu!!

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review