Sunday, February 27, 2011

Konsert Hore-Hore Aznil 12 Mac

Posted by FadhDeela at 9:47 PM
Reactions: 
Pak nil wat konsert pulak..pandai nyanyi ke pak nil nie??dia nie pengacara leh la..huhu td tgk melodi..pak nil bgtau konsert nie utk famili..ada package lg kalo nak g konsert dia nie..kalo bwk famili murah dia punye tiket..hope niat baik pak nil berterusan la sampai bile2..pak nil suka hiburkan bdk2!!

MENGENAI kerjaya seninya, penyandang trofi Pengacara Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama tujuh tahun berturut-turut itu merencana pelbagai agenda penting untuk musim 2011. Nama Aznil kembali disebut sebagai calon paling layak untuk mengendalikan musim terakhir Akademi Fantasia 9 sebagai pengacara. *ada lg AF nie..ish2!!*
Malah, tahun ini juga menjadi titik penting kepada kerjaya seninya. Pengacara nombor satu itu akan meraikan dua dekad pembabitannya sebagai anak seni menerusi satu konsert istimewa, Konsert Hore-Hore.
Memilih lokasi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, konsert pada 12 Mac bermula jam 8.30 malam itu akan memperlihatkan keampuhan Aznil sebagai seorang penghibur. Konsert anjuran RYE Production dengan kerjasama Astro dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menjadi lambang kreativiti mencabar Aznil di pentas.

Sambil merendah diri, Aznil mengakui dia tidak memiliki vokal hebat namun segala pengalaman sepanjang dua dekad menjadi anak seni akan dimanfaatkan dalam persembahan dua jam itu. Bahkan Aznil sendiri tidak pernah menyangka didatangi tawaran seperti itu kerana akur batas kemampuannya.
“Konsert ini akan bermain dengan pelbagai elemen, tidak cuma tertumpu kepada vokal sebaliknya akan menyelitkan pelbagai elemen menghiburkan,” katanya yang turut mengimpikan untuk membuka sebuah akademi bagi melatih bakat pengacara suatu hari nanti.

Untuk kali ini juga, nama Aznil kembali mempamerkan kekuasaan dalam acara berprestij, ABPBH 2010 apabila tersenarai dalam dua kategori yang kembali menjadi taruhannya - Pengacara TV Lelaki Popular dan Penyampai Radio Lelaki Popular. Soalnya, mampukah Aznil mempertahankan kejuaraannya bagi kategori pengacara TV lelaki dan mampu merampas gelaran penyampai radio lelaki popular daripada tangan penyandangnya, Faizal Ismail?

Seperti katanya, dia sedia melepaskan gelaran yang pernah disandangnya itu. Aznil menerima kenyataan pada usia pembabitannya kini populariti bukan lagi keutamaan. Aznil berharap peminat akan berlaku adil dan turut menilai kemampuan finalis lain yang juga layak diangkat sebagai pemenang.

8 comments:

[sutera kasih] said...

saya minat sgt kt Pak Nil..tringin nk jmpa hehe

Akumeer said...

Paknil mmg penghibur yg hebat..celotehnya sgt disenangi oleh smua lapisan masyarakat..pandai mendekati kanak-kanak.. x mcm Siti, semalam tgk Talk Show dia..cam x best jer..

deeya said...

ta sabar nak tengoh ABPBE 2011 :p

Cho Zila said...

dia memang takder kekuatan vokal tapi dia memang kreatif dan bertenaga dan menghibutkan...
sebenarnya orang cam gini memang perlu untuk jadi artisni.. maalumler nak harap suarani ramai gak suara sedap tapi tak laku2 gak...
thanks singgah blog akak.. mai2ler selalu..

fadhdeela said...

sutera kasih: jom la kita g tgk konsert dia!! :D

fadhdeela said...

Akumeer: dia mmg terbaik dlm pengacaraan dan siti lak terbaik dlm nyanyian..masing2 ada kelebihan masing2! :)

fadhdeela said...

deeya: sama la sbb ada anuar zain :P

fadhdeela said...

Cho Zila: dia mmg terbaik dlm pengacaraan..semoga dia berjaya konsert tu nnt :)

p/s: sesama kak..mai la selalu blog nie jgk :D

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review