Friday, February 18, 2011

Kashaf Imani Lakonan Hebat Beto Kusyairy & Sharifah Amani

Posted by FadhDeela at 9:59 AM
Reactions: 
xsabar2 aku nak masuk opis nak wat entry pasal cite Kashaf Imani!!!! citer nie mmg terbaikk la..best giler! Meh kita layan dia punye trailer..kalo ada ulangan sure aku nak tgkk lg!

Drama Kashaf Imani akan ditayangkan pada 17 Feb 2011 jam 9 malam, Khamis di saluran Astro Ria sempena dengan Maulidur Rasul. Drama terbitan Radius One ini pastinya hebat dengan barisan bintang pelakon ternama.

video

Sebuah drama penuh dramatik menyayat hati dibintangi oleh Beto Kusyairy, Sharifah Amani, Normah Damanhuri, Wan Sharmila, Ismail Abdul Aziz, Khairilridzuan K’n, Noryati Taib dan Ain Satar. Selain menampilkan Azma Aizal Yusoof sebagai pengarah, drama ini mendapat suntikan kreatif videografi dari Pali Yasir, skrip oleh Shahrulezad Mohameddin dan Shahriman Wahap serta vfx oleh CHAIN-FX.

Mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.

Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.

Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.

Sweet sgt lakonan Beto nie..muka jht tp baiikk syg famili syg mak dia...!!sblm nie xnmpk pun lakonan dia tp dlm cite nie watkan ramai yg akan minat dia..lakonan dia pun bersahaja jer!! Good job bro!

6 comments:

CinderLaLa said...

tengok gak smlm...tapi part yg last2 dh.. :( namun....tetap bestt sgt2,,, =)

Fairus Bin Mamat said...

CITER CAMBEST.. TAPI TENGOK SEKEJAB JE MALAM TADI..

saya YANA said...

oowhh.. cite ni.. Yana tak tengok pon.. semalam Yana tengok Semanis Kurma.. (cam baik je ek..) eheh..

fadhdeela said...

cinderlala: bestkannn..sedih cite dia!! huhu nngs :(

fadhdeela said...

Fairus: bestt kalo ada ulangan tgk tauu :P

fadhdeela said...

saya YANA: huhu baikk2 :P cite tu pun insaf jugakk

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review