Friday, January 7, 2011

Misbun Letak Jawatan sbb BAM ada problem ke???

Posted by FadhDeela at 5:16 PM
Reactions: 
BANTING: “Selamatkan diri kamu terlebih dulu sebelum selamatkan orang lain”. Itulah satu pesanan Datuk Misbun Sidek kepada anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei yang mahu meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berikutan keputusannya meletakkan jawatan sebagai jurulatih perseorangan pasukan badminton negara.
Namun, jurulatih berusia 51 tahun itu enggan berbicara lanjut, sekali gus menimbulkan tanda tanya maksud di sebalik pesanan kepada anak emasnya itu.
Misbun yang ditemui di rumah keluarganya di sini semalam juga enggan mengulas lanjut berhubung keputusannya untuk meletak jawatan secara mengejut, Jumaat lalu.
“Terlalu berat untuk saya perkatakan mengenainya. Ia terlalu sensitif,” katanya sebak.
Bagaimanapun, jurulatih yang membimbing Chong Wei sejak lebih enam tahun lalu bersedia bertemu Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Salleh jika diminta.

Ketika ditanya ada beberapa pihak menuduhnya tidak sayangkan negara dan mementingkan diri sendiri berhubung keputusan itu, Misbun terus sebak dan berkata: “Terpulang kepada orang nak kata, tetapi selama ini...” *xbaikk ckp dia mcm tu..msti ada sebab lain..*

meh usha Biodata Datuk Haji Misbun Dato' Haji Sidek

ape yg berlaku hanya dia ngan BAM jer yg tau..mungkin ada sbb tertentu jugak Dato Misbun nak resign..ape leh watt!! tak pun dah tua..nak berehattttt..

2 comments:

~SyAhIrAh~ said...

Tumpang tanya.. Camne nak link kan blog kita dlm komen ek? leh tunjuk ajar tak? thakns..:)

fadhdeela said...

bole..pernah nak wat entry pasal tu tp xjd..hihi jap kita try lg wat entry erkk :P

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review