Friday, January 21, 2011

Khurafat..menyeramkan??

Posted by FadhDeela at 9:30 PM
Reactions: 

Pelakon2nye!!

SINOPSIS “KHURAFAT- Perjanjian Syaitan”

“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.
Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.
Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.
Jangan lupa tonton filem Khurafat yang akan menghantui pawagam mulai 13 January 2011.

alamakk seramnyer tgk gambar2 nie...!!!

sape dah tgkkk???komen la weiii mcm mana cite nie best ke x??aku nak tgk sgt tp mcm takutt jer..*biasa la penakut*

11 comments:

apezs shah said...

salam

biar saya yg bagitahu. cerita ni seram gilerh!! saya ulang seram GILERGH!!! apezs tgk sampai pekok muka, macamane tu. mengalahkan perempuan je, tp mmg seram takot. tgk time tu kol 1 pagi tau. midnyte punya, citer dia sentiasa ada suspend serta seram xhenti2. siapa yg ada sakit jntung ke PLZ jgn pergi tgk, kalau masih berani pergilah tgk. Just spare what u need jelaa hehe... mmg seram.. silakan la yea tgk..;)

fadhdeela said...

wahhh xsabo nyer nak g tgkk..kena bwk bj tebal2 nie nak tutup muka..pastu pastikan kuku pendek xpasal2 org sebelah kena cakar oleh deela..hihi nak g tgk la!!

~noor haida~ said...

weh deela..ak dh g tgk..mmg seram siot..tp kwn2 ak yg tgk skali ckp biase je..ak rs 50-50 je yg ak tgk, selebihnye ak tutup mata n muke..wakaka..seram siot!!

zOeY zAu YaH said...

ramai yg ckp best...

shamsiah shamsuddin said...

HI KAK FAD..
suke nak komen gak..

maaf la..
saya berbezaa pendapat..
tak tau nape..
saya ni kurg rase takut ke ape..tak tau nak kate..
saya pergi tgk gak KHURAFAT ni midnite punya..
tapi seyes tak seram..orag dalam panggung tu duk gelak kan pulak kat hantu2 yang kuar mase filem ni ditayangkan..
jalan cerita sepatutnya best da..
tapi ade kurang sikit la..
1st time komen filem..
tapi saya rasa filem ni biase2..ade part yang boleh dikembangkan ag citenya sepatutnya...

sekadar pendapat..
mungkin saya ni mg takde rase seram kot..

fadhdeela said...

haida: ko mmg penakut ida..tgk cite tv pun ko tutup mata..aku nak g tgk!!jom la g skali lg ngan aku..

zoey: yeke best?nak g tgk la..

shamsiah: awk bkn jenis penakut kot..kalo kak fadh sure terjerit2..hahahaha :P

shamsiah shamsuddin said...

hmm mungkin kot ka fad..
t akk tgk bawa teman k..

Fairus Bin Mamat said...

KHURAFAT PON ORANG TENGOK JUGAK.. JANGAN TENGOK.. KHURAFAT.. HEHE.. GURAU JE..

fadhdeela said...

shamsiah: orait2 nnt akak bwk partner teman g tgk..sape nak ikut!!

fairus: hahahaha nak g tgk jugakK!!!

iela said...

ko dh tgk blom ni fadh? ak nk tgk sgt tp tkot t'beranak dalam panggung..hehehehe

fadhdeela said...

lom la iela!!! nak g tgk tp xde mbr nak ikut..takut nak g tgk sorg!

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review