giler buhsan mlm nie..waaaaaaaaaaaa aku nak tgk wayang nape xde org nak ikut aku tgk wayang..buhsan giler!!! sape nak jd bf aku???hahahahhahahaha giler terdesak aku nie!! muakakkakaka bile kebuhsanan telah melanda mcm nie la..merapu merepekk semua ada!
kan best kalo ada org yg leh teman aku tgk wayang...maen bowling...g mkn2..huhuhu
wiken nie pas keje aku nak g tgk rapunzel then maen bowling!!! sape nak join??? sila angkat kaki...hahahahahahaha
nak join meh dtg the curve k...sblm aku merapu lg byk baikk aku tido...esok nk kena bgn awal mau g UiTM..daaaaaaaaa nite all
Monday, November 29, 2010
Kebuhsanan telah melanda!!
Posted by fadhdeela at 10:13 PM 3 comments
Dinner v2
Building Bario Gala Dinner 2010



Mr Wilson - org yg paksa aku g!! *my project manager*
jgn gosipkan kami... ![]()
byk2 persembahan yg nie paling aku suka..cool giler!!!
Posted by fadhdeela at 10:15 AM 2 comments
Saturday, November 27, 2010
Meet The World's Youngest CEO -Suhas Gopinath
Suhans Gopinath - Handsomenyer la dia nie!!!
Suhas Gopinath with former President APJ Abdul Kalam
Suhas with Microsoft co-founder Bill Gates
Suhas meeting with Sheikha Nayhan, Minister for Higher Education, the UAE
Suhas receiving the Incredible Europe Innovation Award at Vienna
On his dreams for his company
I have always believed that IT is not just technology but a tool that can solve the problems of people. That is what I want to do in my company. I want my company to be a market leader in software solutions concentrating on education. When I was younger, I didn't care about money. Now that I am responsible for my employees, I care about what we make. If I am not bothered about money, we cannot scale up our business. When I started my company from a net cafe in Bengaluru, I never ever imagined that one day my company would be a multi-million dollar company and I would be on the World Bank board as a member. What drives me is my passion and it has been an amazing journey so far
Posted by fadhdeela at 2:43 PM 2 comments
Dinner!!
Today aku ada dinner kat Taylor College..waaaaaaa xtau nak pakai baju ape???? last minit decide nak g.. *sbb kena paksa ngan Wilson* ampeh punye project manager!! hihihi
mmg la best g dinner, yg xbestnyer nak pakai bj ape g sana???? ngan baju xde ngan bajet xde ngan time pun xde...waaaahhh byk nyer xde!!! hikhikhikhik
bz la!! mana nak sempat cr bj nak g dinner..pagi nie lak kena dtg opis sbb ada training kat opis..so???? keputusan nyer????? wakakakakakkakakaakka pakai jer la ape yg ada or pinjam bj member!!! *malu jer pinjam bj org* ![]()
nasib la dia punye tema CASUAL & SMART...so leh jer kalo pakai legging..hihihi ok x???
nie la padahnyer bile bj cantek2 bwk blk kg..sape agaknyer nak pakai kat kg tu??? Mak aku kot..hihihi nak g dinner ngan ayah!!
hahahahahahha so sweeetttt!!!
nnt aku update erk bj ape aku pakai..ttttttunggggguuuu!!!
Posted by fadhdeela at 2:13 PM 0 comments
Friday, November 26, 2010
MSC Malaysia Job Camp - 100% Free Sponsorship IT Training
Details:
MSC Malaysia Job Camp – 100% Free Sponsorship IT TrainingJob camp is designed specifically for any knowledge worker who wants to improve or expand their current ICT skills and knowledge. This program seeks to help knowledge workers with the support and access to courses and trainings to stay aligned with the current needs of the ICT industry.
Who can Participate / Eligibility:
1. Available K-Workers (currently unemployed, in-between jobs, changing fields, retrenched)
2. Malaysian graduates with a degree or diploma with CGPA 2.5
3. IT/Engineering Academic Background or IT work experience
4. Anyone who is interested to pursue a career in the ICT industry
5. Only applicable for Malaysian citizens
Upcoming Job Camp Courses:
Course: Java Web Component Development with Servlet and JSP Technologies
Duration: 26 days
Date: 13th December 2010 - 14th January 2011
Course: Oracle 11g Database Administrator
Duration: 18 days
Date: 20 December 2010 - 12th January 2011
Course: Window Server 2008 System Administration
Duration: 16 days
Date: 13th - 31st December 2010
:: sape berminat bgtau aku pm YM aku then aku akan bg maklumat yg lebih details and contact person yg incharge...jgn lepaskan peluang nie!!!! FREE jer
Posted by fadhdeela at 9:10 AM 0 comments
Thursday, November 25, 2010
JobShop at UiTM Shah Alam
Next week company aku terlibat ngan JobShop kat UiTM Shah Alam..aku pun ada sama utk event nie!! byk jugak company yg terlibat aku dengar kira2 dlm 20 company..so byk la peluang keje2 kosong...so sape2 yg masih tanam anggur kat umah tu leh join sama2 kat UiTM nnt.
Nie details dia:
Date: 30th November - 6th December 2010
Time: 9am - 5pm
Venue: Bangunan Budisiswa, HEP UiTM Shah Alam
kalo sape2 nak info leh click sini smua details ada kat sana...tp kalo ada yg nak go thru aku pun bole..senang sikitkann!!! jeng..jeng..jeng!!! company aku cr org IT jer..nie post yg kitaorg cr... *insyallah aku leh tolong kengkawan..* ![]()
so sape2 nak go thru aku leh PM ym aku k...
Posted by fadhdeela at 11:39 AM 0 comments
Wednesday, November 24, 2010
Kedai Makan ada PERLARIS!!
td mak aku kol ckp smlm diaorg g mkn kat kedai mkn area seremban *aku xtau ape lak nama kedai mkn tu* blk dr kedai mkn tu anak buah aku *haziq* duk meracau2..nangis2 smpai xcukup nafas nangis!! bdk 3bln ape yg leh dia ckp nngs jer la... *cian anak buah aku*
g la berubatt..pastu org tu leh bgtau "yg masak kat kedai tu bkn org tp JIN" OOhhMMakkKkoo!!!! ngerinyer aku dengar..*abg aku ckp sblm nie ada gak akak kat area2 situ pesan, jgn mkn kat situ* ada lg bnda2 mcm tu zaman2 skrg nie kann..aku cr info pasal perlaris utk kongsi ngan kengkawan...
Zaman sekarang ni macam-macam kaedah pelaris digunakan untuk memajukan perniagaan masing-masing, sampai tak kira halal haram. Kat bawah ni ada beberapa tip macam mana kita nak tau sama ada kedai makan tu ada pelaris atau tidak.
Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris tidak halal:
pada kali pertama kita ke kedai tersebut, baca Qursi 3x luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta.
Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. *Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.*
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita.
Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah at-Talaq 2-3) di belakang cashier.
Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2 square, number2, bintang2, macam maruku pun ada....Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk (contohnya manusia, harimau, singa, burung etc).
Pengurusan yang begitu cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2 benda tidak baik dalam makanan sebagai pelaris.
Ini kerana orang yang cetek tauhid-nya (kurang percaya pada Hari Akhirat, Syurga, Neraka) akan sanggup lakukan apa sahaja dalam perkara yang melibatkan duit wang ringgit.
Dan pengurusan sebegitu pun tidak akan segan silu guna bomoh Islam dan tak-Islam untuk kenakan penyakit ganjil (contohnya busung etc) pada orang2 yang cuba bocorkan rahsia "pelaris" mereka...
Jadi berhati-hatilah sebab mulut santan binasa.
Posted by fadhdeela at 2:42 PM 2 comments
Cute Water..release tensen!!!
aku dpt email dr opis mate aku..saje2 nak kongsi ngan korang..cute, smart, funny!!! enjoy la kwn2..
cute jer!!
Posted by fadhdeela at 11:52 AM 2 comments
Tuesday, November 23, 2010
My BFF!! Love it
My BBF
Jue - My BBF :: LOVE U
Member Teknik
Member KuantanPosted by fadhdeela at 3:53 PM 4 comments
Teringat kat 'DIA'
::thanks kengkawan yg sntiasa ada bile aku perlukan korang..*walaupun korang dah kawen*
Posted by fadhdeela at 11:01 AM 2 comments
14 Lagu Yang Bakal Berentap Di Anugerah Juara Lagu 25
Smlm separuh akhir muzik2 yg ke 3..smlm mcm xbest sgt la lagu2 nyer tp aku suka lagu PELITA - A.P.I..best!!! so ari nie aku update 14 lagu masuk ke AJL 25..sama umur ngan aku la AJL nie..hikhikhikhik
14 Lagu Ke AJL25
1. Hanyut – Faizal Tahir
2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
3. Noktah Cinta – Hafiz
4. Drama King – Meet Uncle Hussein dan Black
5. Ku Ada Kamu – Adira
6. Cinta Sempurna – Yuna
7. Pelita – A.P.I
8. Berlari – Tomok
9. Sofea Jane – Black
10. Mencari Konklusi – Hujan
11. Selamat Malam – Faizal Tahir
12. Ekstravaganza – Bunkface
13. Jahat – Stacy
14. Tolong Ingatkan Aku – Anna Raffali
:: Tu lagu fav aku..09.01.11 kita tgk kena ke x??hihihi
Posted by fadhdeela at 9:00 AM 0 comments
Monday, November 22, 2010
10 Ciri-Ciri LELAKI KASANOVA
1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan. sedikit demi sedikit di dia akan menunjukan taringnya
2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa. *kalo selekeh xbest lak nak pandang..hihihi*
3. lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. siapa yang akan sampai dahulu. *slalu dtg lmbt nie yg aku hangin!*
4. sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. lebih jeles lagi, dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.
5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.
6. Baru kenal tidak samapai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. sengaja mahu mengoda kamu untuk pergi lebih jauh...* nie mmg siot!!!*
7. Apabila keluar dengannya, saya selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belekang kamu. tetap dia memang peramah dengan semua orang.
8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani mintak wang untuk di pinjam. tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha... alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya. *pinjam2 duit yg aku xgemar nie*
9. lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.
10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak. *kenal la famili dia dulu..jgn dah bcinta bthn2 tp famili dia xleh terima kita..sakitnyer ALLAH jer yg tau*
Untuk kaum perempuan, penilaian di minda anda. jangan kerana terlalu mencintai, anda kabur dalam menilai seorang lelaki yang hanya mempermainkan cinta dan kata-kata yg manis..
:: Renung2kan dan selamat beramal.. :P
Posted by fadhdeela at 10:02 AM 0 comments
Sunday, November 21, 2010
Fauziah Latif Bercinta dengan Uncle Seekers??????
OhhMakkkKO...biar betol bnda nie??mcm2 hal la...jap ngan permaisuri aisyah skrg ngan fauziah latif lakk..korang tgk sndiri la gmbo diaorg nie..aku dpt gambo nie pun kat blog dia sndiri...ape motif sbnrnyer erkk..baca dan lihat la sndiri then korang nilai la sndiri..hihihihi
sape tah 2org pmpn nie..Dengan detik masa yang berlalu, saya menyedari Aishah telah mula memendam perasaannya terhadap saya....pada ketika itu saya agak terkejut kerana saya sudah mempunyai seseorang yang sangat saya cintai “sayang”. Saya tidak akan mendedahkan siapakah gerangannya kerana dia tiada kaitan langsung dengan kisah ini.
Saya terus merawat dan meluangkan masa bersamanya dengan memberinya nasihat dan kaunseling....kekadang dengan kehadiran Sayang saya. Saya sangat menghormati dan kagum pada Sayang saya memandangkan dia seorang yang sangat tabah melalui perkara ini bersama saya. Dia merupakan seorang yang sangat memahami (understanding) yang pernah saya kenali dalam hidup saya.
Tuhan sahaja yang tahu betapa saya sangat mencintainya. Dengan izin Allah, kami akan berkahwin suatu hari nanti, kerana perhubungan kami sudah terjalin beberapa tahun.
Yyyyyyaaaaakkkkksssssssss....WTH smua nie????!! hohohoho xoxoxoxo
Posted by fadhdeela at 2:57 PM 2 comments
Keputusan Shout! Awards 2010
ehsan encet gugelzSenarai pemenang Shout! Award 2010
Rockstar Award (Rock Award) – Bunkface
Favourite TV Personality Award – Zizan Raja Lawak
Breakthrough Feature Award – Lagenda Budak Setan (Sharad Sharan)
Popstar Award (Pop Award) – Yuna
Power Vocal Award (Powerful Vocal Award) – Faizal Tahir
Fresh TV Series Award – Nur Kasih (Filmscape)
Favourite TV Program (Non Drama) – Showdown 2010
Music Video Award – Prom Queen (Bunkface)
Flava Award (Hip Hop/R&B Awards) – Mizz Nina
Hot Guy Award – Henry Golding
Hot Chick Award – Scha Al-Yahya
Coolest Radio Announcer Award – Phat Fabes (Fly FM Pagi Show)
Favourite Radio Show – HotFM AM Krew (Fara, Faizal & A.G)
Best On-Screen Chemistry Award – Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
Mobile Artist Of The Year – 6ixth Sense (Tanpa)
Break Out Award (Best New Act) – Yuna
Ultimate Shout! Award – Yuna
Nak lihat gambar? Pemenang Shout! Awards 2010 boleh ke sini
Posted by fadhdeela at 2:29 PM 0 comments
Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam
1. Yang Berkemampuan
2. Boleh dijadikan sebagai perganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yg menimpa kerana apabila seorg wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
3. Panda menjaga darjat diri. Apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu, suami yg baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yg mungkar.
4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh kerana lelaki yg biasa kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.
5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.
6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri - ciri lelaki yg tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sgt tidak menyukai manusia yg hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha. *yg nie aku suka!!..laki2 jgn mls bkerja okk*
7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnyer kpd isteri dan anak2.
8. Datang daripada keturunan org yg baik - baik lg rajin beribadah. Seelok - eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.
:: payah nk cr lelaki yg ada smua ciri2 tu zaman skrg nie..ape yg aku harapkan biar la yg leh bimbing aku dlm agama, hormat aku, syg dan cintai aku seadanya & family nyer terima aku seadanya...aminn
Posted by fadhdeela at 12:05 AM 2 comments
Saturday, November 20, 2010
Datuk Lee Chong Wei masuk final..
yahuuuu Datuk Lee Chong Wei masuk final!!!! final akan bertemu china..musuh tradisi...skrg aku ngah tgk final beregu malaysia vs indonesia..
Come on Tan Boon Heong & Koo Kien Keat!!!! xleh nak wat entry pjg2 sbb ngah berdebar tgk final nie! 1 game dah menang masuk 2nd game...mari kita tgk sesama pemain malaysia...MALAYSIA..MALAYSIA..MALAYSIA *semangat aku!!!*
nnt result aku update lain...ngah cuakk nie!!
update result...
waaaaa malaysia kalah!! di hujung2 permainan br bersemangat!..erm xpe la kalah tp masih leh dibanggakan lg!! esok kita tgk final perseorangan lakk...
Posted by fadhdeela at 9:51 PM 0 comments
Friday, November 19, 2010
Chong Wei & Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mara
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke suku akhir perseorangan lelaki Sukan Asia 2010 tatkala Hafiz Hashim terkandas pada aksi pusingan kedua di Gimnasium Tianhe, Guangzhou semalam. *ape la hafiz nie!*
Chong Wei dipaksa bermain tiga set setelah tewas 17-21 pada set pertama kepada pemain Hong Kong, Chan Yan Kit tetapi bangkit mencatat kemenangan 21-9, 21-6 pada dua set berikutnya.
Pada aksi suku akhir pagi ini, Chong Wei bakal berdepan pemain Thailand, Boonsak Ponsana.
Ia peluang terbaik Chong Wei membalas dendam kekalahan 21-9, 10-21, 19-21 kepada Boonsak ketika Malaysia tewas 2-3 kepada Thailand pada suku akhir acara berpasukan lelaki, Sabtu lalu.
Seandainya berjaya melepasi halangan Boonsak, Chong Wei bakal berdepan Chen Jin (China) atau Chou Tien Chen (Taiwan) pada separuh akhir malam esok.
Sementara itu, nasib tidak menyebelahi Hafiz apabila dia tersingkir seawal pusingan kedua setelah tewas 18-21, 16-21 kepada pemain Korea Selatan, Park Sung- hwan.
“Rasa kecewa sangat kerana Sukan Asia salah satu kejohanan besar dan sudah tentu saya mahu mara lebih jauh tetapi terpaksa berdepan Sunghwan pada pusingan kedua.
“Dalam kedua-dua set, saya berjaya mengikat kedudukan 15-15 dan 16-16 tetapi Sung-hwan lebih fokus untuk menamatkan permainan.
“Saya cuba bermain secara menyerang tetapi Sung-hwan jelas cukup bersedia untuk menahan setiap asakan saya.
“Kini saya berharap Chong Wei dapat meraih pingat emas dalam acara perseorangan lelaki selepas Malaysia gagal dalam acara berpasukan lelaki dan wanita,” kata Hafiz ketika ditemui selepas perlawanan. *ckp jer pandai..hikhikhikhik*
Beregu handalan negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong pula layak ke separuh akhir beregu lelaki selepas menundukkan pasangan Jepun, Hiro- katsu Hashimoto/Noriyasu Hirata 21-19, 13-21, 21-18.
Pada aksi separuh akhir malam ini, Kien Keat/Boon Heong akan berdepan gandingan Indonesia, Mohamad Ahsan/Alvent Yulianto Chandra.
Mari kita tgkk!!! bg sokongan kpd pemain MALAYSIA!!! *ada live x??*
ehsan Kosmo
Posted by fadhdeela at 11:08 AM 0 comments
Amazing Race - Malaysia tersingkir
frust giler la tgk amazing race mlm td...team malaysia Khairee & Ethan tersingkir!!!! dah xbest nak tgk amazing race dahh...
diaorg silap wat decision jer smlm..diaorg ambik task yg kena cr kubur atas nama bla..bla..bla *xingt nama sape*..dah byk buang masa kat situ..xjumpe br tukar task junjung bakul atas kepala..*bnda tu lg senang kot!!*
syg giler...msti diaorg lg kecewakan...sbb penat lelah selama nie tp minggu nie kalah dsbbkn kesilapan bodoh...
xpe la fav team aku 1 lg still in race walaupun team dr indonesia..hikhikhikhik Natasha & Hussein *comey anak ngan bapak*
Posted by fadhdeela at 10:29 AM 0 comments
Thursday, November 18, 2010
Remaja Comolot!!!
ari nie br aku dpt tgk ape yg Hot Chat kat Hot FM ari tu pasal remaja kat pavillian..smua org yg bg komen smua nyer marah, benggang, rasa nak lempang bdk2 tu..puas jugak aku search ape yg berlaku kat situ..
ari nie br aku jumpe video tu kat Utube..YA ALLAH!!!! ape nak jd ngan dak2 zaman skrg nie..rasa nyer bdk2 nie br jer abis sek kot!! berani nyer nak comolot kat khayalak ramai...xmalu ke cik adikkkkk!!!!! dah la muka ko terpampang 1 MALAYSIA leh tgkkk..msti org akan ckp "Anak sape tu???"...sape yg malu?? merek ngan keluarga mereka yg malu!
giler dak2 skrg nie...
Kalo la tu adik2 aku...lama dah kena sepakkkkk ngan aku..buek maluuuu keluarga jer..xnak komen byk2 sbb aku takut bnda tu jd kat keluarga aku! aku kongsi kat smua org utk beri teladan..1 lg video yg kwn aku tunjukk lain lak cite dia..td romantika de amor kat khayalak ramai nie sikap remaja KURANG AJOR!!! ya allah ape la dosa dia yg ko lempang org tua tu..ape jenis manusia la korang nie..nmpk bgs sgt la dpt wat org mcm tu..aduh aiii *kalo la adik2 korang ape korang nak wat ngan org2 mcm nie..???* wat malu bangsa n agama jer!!!
sgt kurang ajar!!
Posted by fadhdeela at 2:09 PM 0 comments
D.E.N.G.K.I
Dengki!!! Nape manusia xabis2 ngan perasaan dengki tu?? Hairan bin ajaib la..pg nie aku dpt kabo bite yg ada hamba allah nie *bole dikatakan kwn aku jgk la dia nie* duk dengki ngan aku..ape yg ko dengki sgt ngan aku nape?? *ape yg aku ada??* aku rasa xpernah kot berkira ngan ko…yg lepas2 pun aku xungkit tau..cuba la ko listkan...maybe aku xsedar ape yg aku dah wat smpai aku cuti pun ko kecoh...biar la ko nak dengki ke ape ke..aku tetap mcm nie rileks xkaco hal org hapi ngan keje aku!!!!…xkemana la ngan perasaan dengki tu..akhirnyer nnt ko ssh ko cr aku jugakkk!!! Manusia ooohhhh manusia!!
TQ encet gugelz
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhkan buruk sangka, kerana buruk sangka itu setengah daripada dosa besar, janganlah kamu mengintai dan janganlah kamu mencerca serta mengumpat, setengah kamu akan setengah lain. Apakan kamu suka memakan dangging saudara kamu yang telah mati? Nescaya kamu takut kepada Allah bahawasanya Allah itu Penerima taubat”.
Hadis diatas menyatakan bahawa sifat hasad dengki itu tidak memberi faedah langsung kepada yang melakukannya, melainkan dendam dan perbalahan yang akan menjauhkan perpaduan. Oleh itu jauhkanlah sifat hasad dengki, fitrah memfitnah. Orang yang hasad dengki membakar diri dan hatinya. Hasad dengki tidak boleh dipadamkan melainkan kebaikan dan ketaatan diri kepada Allah SWT sahaja. Memfitnahkan saudara sendiri adalah dilarang oleh Islam sama sekali. Hendaklah kita hindarkan daripada terus menerus melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah SWT.
Posted by fadhdeela at 11:10 AM 0 comments
AzizulHasni Awang
WIRA NEGARA
LAGU Negaraku akhirnya berkumandang di Velodrom Guangzhou semalam. Seperti diramal, pelumba sensasi negara, Mohd. Azizulhasni Awang berjaya menyumbang pingat emas pada temasya Sukan Asia 2010 semalam. Aku ngan famili tgk perlumbaan tu!!! *kat TV jer la*
Azizulhasni menghadiahkan emas kedua buat kontinjen Malaysia menerusi acara keirin.
Lebih membanggakan, penantian kilauan emas selama 42 tahun dalam acara trek Sukan Asia itu juga hadir dengan kejayaan 1-2 apabila seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng memenangi pingat perak.
Kejayaan semalam dilihat sebagai ulangan apabila Azizulhasni dan Josiah muncul selaku dua pelumba terpantas dalam acara yang sama pada Sukan Komanwel di New Delhi, India bulan lalu.
Namun kemenangan Azizulhasni di New Delhi telah dibatalkan selepas dia didapati bersalah kerana menolak pelumba New Zealand, Simon Van Vel Thooven ketika mencelah sebelum memecut melintasi garisan penamat.
Bagaimanapun, Azizulhasni tidak mahu deritanya berterusan apabila bijak mengatur strategi bagi merangkul emas di Velodrom Guangzhou semalam.
"Kejayaan 1-2 ini membuktikan bahawa kita adalah kuasa besar dalam sukan basikal di Asia," jelas Azizulhasni.
"Pada Sukan Komanwel lalu, kemenangan saya telah dibatalkan tetapi kali ini, kami sekali lagi berjaya mencatat kejayaan yang sama, sekali gus membuktikan bahawa pencapaian kita di India lalu adalah benar."
Sebelum beraksi dalam acara kegemarannya itu, Azizulhasni terlepas peluang meraih pingat gangsa bagi acara pecut individu selepas kecundang di tangan pelumba Jepun, Nitta Yudai.
Jelas sekali kegagalan itu memberi suntikan semangat kepada Azizulhasni untuk tampil lebih bertenaga dalam acara keirin.
"Pada mulanya saya agak kecewa setelah gagal menyumbang pingat dalam acara pecut individu kerana kesilapan teknikal.
"Namun selepas itu saya mengumpul semula kekuatan untuk memberikan aksi terbaik buat kali terakhir dalam acara keirin.
"Saya telah beritahu John Beasley (jurulatih) bahawa saya mahu menampilkan kayuhan kamikaze (berani mati) sebab ia adalah peluang terakhir dan syukur kepada Tuhan kerana saya akhirnya berjaya," ujarnya lagi.
Pada saingan penuh mendebarkan semalam, Azizulhasni yang digelar The Pocketrocketman mempamerkan henjutan bertenaga pada 250 meter terakhir perlumbaan.
Ketika itu, dia berjaya meninggalkan Josiah serta dua pelumba handalan China, Zhang Lei dan Zhang Miao serta Watanabe Kazunari (Jepun) dan Mohammad Parash (Iran).
Malang menimpa Zhang Lei dan Parash apabila mereka terlibat dalam insiden pelanggaran pada jarak 200m terakhir, sekali gus menyaksikan Azizulhasni dan Josiah selesa di depan meninggalkan Zhang Miao yang memenangi pingat gangsa.
"Ketika sedang memecut, saya ada dengar satu pelanggaran di belakang tetapi saya tidak peduli tentang itu, sebaliknya saya hanya mahu memberi tumpuan kepada henjutan terakhir ke garisan penamat.
"Apa pun saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada John dan semua pihak yang terlibat kerana terus menaruh kepercayaan kepada saya di sini.
"Kejayaan ini saya hadiahkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sabar menanti kemenangan saya," kata pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu lagi.
Hasil kejayaan itu, Azizulhasni, 22, memberitahu, dia akan membotakkan kepalanya bagi 'membayar' niat yang telah lama terbuku dihatinya selama ini. *bgs bernaza..alhamdulillah*
"Saya telah berniat untuk membotakkan kepada jika menang dan nampaknya selepas makan hari ini (semalam), saya akan terus membotakkan kepala," katanya
:: ehsan Kosmo
Posted by fadhdeela at 9:42 AM 0 comments
Wednesday, November 17, 2010
Ragam Hari Raya..
Raya2 nie mcm2 gelagat..walaupun raya haji jer tp tetap ada makanan kegemaran aku bile raya...msti la yg masak adalah MAKK aku! hihihihi
kitaorg bkumpul kat rawang *umah akak aku* smua ada cuma kakcik jer xde..cian dia kena raya kat ipoh sbb hubby dia keje..hikhikhikhik
tgh ari tu spupu aku lak dtg...lg la meriahh!!! tgk anak2 buah aku main..suka la afif ngan aqif arissa dtg..mcm2 gelagat!!!
Posted by fadhdeela at 6:57 PM 0 comments
Tuesday, November 16, 2010
Sambungan lagu - lagu lama v2
mlm2 raya nie..sorg2 kat dlm bilik meh la dengar lagu2 lama...nasib la xjd beraya sorg diri di KL nie..kalo x mau gak banjir dengar takbir..huhuhu *umah dah la blkng masjid* nasib mak aku cian tgk anak dia diperantauan nie..hahahahaha mak aku raya kat KL!!
:: Febians – Rumie Dan Julie
:: Gersang - Masih Aku Terasa
:: Arrow - Niat Di Hati Tak Nak Berpisah
::Crossfire - Realiti dan Fantasi
:: Fotograf - Luka Seribu Rindu
:: Visa - Dalam Gerimis
:: Rusty Blade - Pertaman dan Terakhir
:: Febians - Demi Cinta Ini
:: Junction - Akan ku Kenang
:: Wings - Misteri Mimpi Syakila
:: Wings - Sejati
:: Ella - Tiada Tangis Lagi
Ramlah Ram - Diam2 Jatuh Cinta
:: Ramlah Ram - Ketentuan
*aku dengar lagu nie masa ada idola kecik kat The Curve..bdk tu nama dia syazwani kalo xsilap la..sedap giler dia nyanyiii!!!*
Posted by fadhdeela at 11:18 PM 0 comments
Uncle Seekers Bercinta Dengan Bekas Permaisuri Agong Siti Aishah???
OMK!!!!!!!!!! terkejut giler aku bile baca statement tu!!! biar betul...aduh aii mcm xleh nak caya lak..tp pas aku dah bukak blog unkel seekers nie
oohhh MMMMAAAAKKKKKK betul ke x?? tp nape unkel tu nak mengaibkan org?????
kita tunggu dan lihat la ape yg akan berlaku pas nie...serius la aku gtau aku mmg xbkenan ngan unkel nie..ngan muka dia yg scary de movie & cite seekers yg pernah tayang kat NTV7...*bnda yg xlogik* tah2 ada bela kot!!! hikhikhik opppsss
aku xnak komen byk2..baca la sndiri entry yg dibuat oleh unkel sndiri..
:: Mari kita lihat sape yg kena!!! baca la blog unkel nie dan wat la penilaian sndiri...bg aku xbaik aibkan org lain..
Posted by fadhdeela at 9:23 PM 2 comments
Keputusan Separuh Akhir Muzik-Muzik Minggu Kedua
semalam separuh akhir muzik2 musim ke2 lak..so aku kongsi ngan korang dia punye result..
Result:
1. Jahat – Stacy
2. Drama King – Meet Uncle Hussain
3. Tolong Ingatkan Aku – Ana Rafali
4. Susun Silang Kata – Aizat
5. Sofia Jane – Black
6. Ku Ada Kamu – Adira
kali nie Faizal Tahir xdpt jadi top 6..usaha lg k faizal..!! *lain mcm jer aku sebut nama faizal tu...* kalo nak tau result utk musim ptama leh click jerr...
Posted by fadhdeela at 8:41 PM 0 comments
Monday, November 15, 2010
Jawatan Kosong
Mentang2 nak cuti byk la entry aku nak post ari nie..hahahahahahaha tp yg nie agak menarik jugak la.. kawan2 yg masih tanam anggur kat umah tu leh send resume kat aku..kepada yg ada basic IT okk..lain dr tu xlayan..!!
Calon2 yg kami cari:
1. Ada Ijazah dlm IT
2. Leh bkeje luar kawasan liputan (keje luar KL)
3. leh tahan pressure yg melampau *tipu jer melampau tu*
4. Leh keje lebih masa
5. yg lain2 nnt time interview leh tnye la...
Jawatan yg kosong:
1. Software Engineers /Team Leaders/Scrum Masters
2. Test Engineers
3. QA Engineers
4. Project Managers
5. Systems Analysts
6. DBA
:: sape yg berminat leh YM aku..kalo aku offline buzz2 jer nnt aku online aku reply..
Selamat Mencuba!!!
Posted by fadhdeela at 4:42 PM 0 comments
Selamat Hari Raya Aidiladha..
Selamat Hari Raya smua...mlm nie dah nak blk Rawang!! yeayyyyy!!! mak & ayah dtg mlm nie..hikhikhik xde la aku kena raya diperantauan thn nie.. :P
so mak aku pun raya di KL la thn nie sbb umah kitaorg kat kg xsiap lg..xpe la mak sekali skala raya kat bandar..best ape??? :P
aku pun dah request nak mkn 'sambal udang'...'rendang ayam'....hahahhaahhahahaha "sape nak dtg raya n nak rasa masakan mak aku meh la dtg rawang" Jemput2!!!
:: Selamat Hari Raya semua!!!!
Posted by fadhdeela at 3:39 PM 0 comments
Buah Dada Ditumbuhi Larva
Alamak ngerinyer aku tgk bnda nie...meremang siottt!!! *berdiri segala bulu* cuci la bra yg br beli sblm pakai..kita xtau sape dah try sblm kita beli...ngerikan dengar!!
Ini adalah seranga larva pemakan lemak yang telah tumbuh dan bersarang dalam pori-pori sekitar buah dada dan dalam luka payudara seorng wanita. Dari kenyataan yang diberikan oleh wanita tersebut dia sendiri terkejut .Dan malangnya selepas 2miggu baru dapat rawatan lanjut dari Doc dermatologist.Jombaca kenyataan beliau.
Setelah Susan McKinley (Antropologis) *si mangsa* pulang setelah ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyedari ada ruam aneh di payudara sebelah kirinya, tidak ada yang tahu itu apa, dan ia pikir ruam itu akan hilang seiring waktu.Setelah ia kembali, ia menemui doktor karena sudah dimulainya rasa sakit.
Doktor tidak tahu penyakit apa yang di derita nya, doktor memberikannya antibiotik dan krim khusus. Setelah berselang rasa sakitnya tidak hilang dan payudaranya semakin panas dan mulai berdarah. Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, bagaimanapun rasa sakitnya semakin bertambah, ia mulai mencari doktor2 terbaik.
Dr. Lynch tidak bisa mendiagnosa infeksi apa yang terjadi dan meminta Susan untuk mencari temannya yang ahli dalam bidang Dermatologi. Susan menunggu selama 2 minggu dan akhirnya dapat bertemu Dermatologist tersebut.
Susan terkejut, setelah ia membuka perban nya, mereka menemukan larva bertumbuh dan bersarang dalam pori2 dan dalam luka payudaranya, sesekali mahkluk jahat ini masuk dalam pori2 dan muncul di lubang sebelahnya, yang ia tidah tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang ia bayangkan. Larva ini memakan lemak, lapisan kulit dan kanal susu payudaranya!
TOLONG KIRIM INI KEPADA SEMUA TEMAN WANITA ANDA!!!!
Punca nya adalah kerana pakaian dalam tidak dicuci.sejauh mn kebenaran ni tak pasti tapi apa yang pasti berwaspada lah sebelum terjadi...TAKUTNYER!!!
Posted by fadhdeela at 2:35 PM 0 comments



















