Sunday, October 31, 2010

Baby..

Posted by FadhDeela at 11:57 PM
Reactions: 
0 comments
Wan Mohd Raihan Salihin

Sabtu ari tu aku g melawat best friend aku bersalin anak ke 2..ANAK KE-2 okkkk aku nie kawen pun x lg..hukhukhukhuk *tetiba terasa nak pitam lak* sungguh menyedihkann!!xper la blum rezeki n jodoh aku lg..(sedapkan ati)..mlm tu aku g ngan jue n laki dia (arman) *nasib arman leh skpala ngan aku so xde hal la nak join skali* hehehehe

jue & anak nadia no.1 (imannn)

kitaorg gerak pas mgrib sbb si arman keje..dia blk jer keje terus g cheras..lalu la sebelah Stadium Bukit Jalil..pehh byk giler kete..ada final piala malaysia rupanyer KELANTAN VS N.SEMBILAN..semangat giler si arman nie nak tgk bola...huhuhu sesat gak la kitaorg cr umah nadia..dlm kol 9.00 smpai ke destinasi..(dpt mkn laksa!!) :P
tgk jap final bola sepakkk..dlm umah nadia tu majoriti org kelantan sooo kena la sokong kelantan kalo x xpasal2 aku kena blk jln kaki..

Aku ngan Baby

Jue ambik berkat

pikir2 jodoh nadia ngan jue smua org kelantan..aku???hahahahahaha insyallah kot ngan org Kkelantannnnnnn...muakakakkakakaka to JUE n NADIA bestfriend 4ever..love u all muaahhh2x

Thursday, October 28, 2010

MBB dimandikan...

Posted by FadhDeela at 3:49 PM
Reactions: 
0 comments
akhirnyer smlm aku mandikan jugak MBB aku..waaaa sorry cayang i xsempat la nak mandikan u..so i bwk u jumpe abg la..dia yg akan mandikan u hihihi..smlm mandikan pun sbb terpaksa..hahahahahhaha bau kete aku dah macam tongkanggg *giler babas bucuk dia*..kete aku busuk sbb lauk bwk g opis ari tu tumpah..puas aku cr mana dtgnyer busuk nie..rupa2nyer lauk tumpah..huh!!!!

Seksi abg la tu..hihihi

sblm mandikan cayang aku g jenjalan dulu kat Mid Valley..hahahahaha..nak g tgk wyg tp cite smua kol 12am ke atas..aku pun sampai lmbt mane xnyer..huhuh :( ape leh wat dah jem..lain la kalo kete aku ada sayap leh gak aku terbang terus smpai mid..

smbil2 tunggu cayang aku mandi..kami pun melantakk la PIZZA HUT (tajaan dia)..lama jugak aku xmkn pizza nie asyik duk mkn domino jer..3keping selesaiiii.. :D *org belanja mkn sekeping jer??* xptt aku nie.. hikhikhikhik

PIZZA HUT

selesai smua urusan kitaorg gerak blk...on da way blk tu..Ya allah ada xcident pulakkkkkkk..aduh aiii ketor kpala lutut aku..MOTO VS LORI...aduh moto ko xnmpk ke lori tu leh lak ko langgar belakang dia..terpacak moto tu cium punggong *sopann ayat aku* lori..gaya mcm laju jer...seram sejuk aku tgk 2org bdk moto duk terbaring kat situ..xtau la keadaan diaorg mcm mana *si dia* xbg aku tgk sbb gaya moto tu landing macam xde harapan dah dak2 moto tu..(semoga ALLAH selamatkan mereka)

Wednesday, October 27, 2010

PADAH BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG

Posted by FadhDeela at 3:11 PM
Reactions: 
0 comments
ehsan encet gugels

PADAH BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami kerugian kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?

Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak test market saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai Action that speak louder than words� (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN BOOMERANG KESALAHAN

Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA

Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

p/s: Jangan main api..nnt padahnyer diri sndirii..kalo xnak kita berasa sakit jgn wat org lain rasa sakit..cuba bayangkan kalo smua tu berlaku pada ahli keluarga kita..

Yovie & Nuno - Dia Milikku

Posted by FadhDeela at 11:50 AM
Reactions: 
0 comments
semula ku tak tahu
engkau juga kan ingin memilikinya
bukankah ku lebih dulu
bila engkau temanku
sebaiknya tak mengganggu


dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
pergilah kamu, jangan kau ganggu
biarkan aku mendekatinya
..*dia milik ku kah??*

kamu tak akan mungkin mendapatkannya

karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh
dia untuk aku

bukankah belum pasti
kamu juga kan jadi dengan dirinya
dia yang menentukan
apa yang ’kan terjadi
tak usah mengaturku

dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
lihatlah nanti, lihatlah saja
biarkan aku mendekatinya

kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh

kusarankan engkau mundur saja, ooo

dia untuk aku
bukan, dia untuk aku


Monday, October 25, 2010

Hapi Besday Fata, Kak Matul & Kamsul

Posted by FadhDeela at 11:59 PM
Reactions: 
0 comments
Kek Besday..

Besday boy n gurlz

Seperti biasa kalo ada besday department aku mesti ex bos aku (KSANTY) yg kitaorg panggil dia ibu sbb dia indonesia punye org :D
so ari nie turn Fata, Kak Matul & Kamsul *sibuk jer masuk Training Department* punye besday lak..Kamsul tu acct department tp disbbkan kitaorg close so skali la celebrate...
tq to ibu ksanty slalu sponsor Besday Kek kitaorg...

Festival Filem Malaysia 23

Posted by FadhDeela at 11:02 AM
Reactions: 
0 comments
cite magika - Filem terbaikk

Lisa & Bront Palarae

Shamsul Yusof - Pengarah Terbaikk (pujaan hati aku..handsome!!)
KRU (pujaan aku dr dulu lg)

Smlm berlangsung Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM 23) di Pusat Konvensyen Shah Alam...erm jap buhsan jap ok so aku pun tgk jap2 la smbil tgk CSI..(lg best CSI) hihihi ape yg aku tgk byk jugak cite MAGIKA menang dlm FFM 23 nie..kalo xsilap 7kategori magika menang..

aku paling suka bile Lisa Surihani menang!!! dia la actress yg paling aku minat skrg..u r da best la LISA...pastu si Shamsul Yusof lak menang utk pengarah terbaikk (Evolusi KL Drift 2)..sayu lak hati aku tgk bile dia nngs peluk mak ayah dia..ahahahhahahah (sensitif ke aku?)
Result FFM 23:
Anugerah Filem Terbaik FFM23 ► Filem Magika
Anugerah Pengarah Filem Terbaik ► Shamsul Yusof - Scop Productions
Anugerah Pelakon Wanita Terbaik ► Lisa Surihani - Lagenda Budak Set
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik ► Bront Palarae - Filem Belukar
Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir FFM23 ► Johari Ibrahim
Anugerah Pelakon Veteren Wanita FMM23 ► Seniwati Datuk Sarimah Ahmad
Filem Boxoffice FFM23 ► Filem Adnan Sempit
Anugerah Pelakon Veteren Lelaki FFM23 ► Seniman Tamam Idris
Anugerah Cerita Asal Terbaik ► Ahadiat Akashah - Lagenda Budak Setan
Anugerah Filem Komedi Terbaik ► My Spy - Kru Studios
Anugerah Pengarah Harapan ► Edry Abdul Halim - Filem Magika
Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik ► Shaheizy Sam - filem Evolusi KL Drift 2
Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ► Yana Shamsudin - filem Adnan Sempit
Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik ► Fimie Don - Filem Magika
Anugerah Pelakon Harapan Wanita ► Daphne Iking - Filem Belukar
Anugerah Pelakon Harapan Lelaki ► Shashi Taran - Filem Estet

Friday, October 22, 2010

Makan..makan..makannn

Posted by FadhDeela at 3:01 PM
Reactions: 
0 comments
hari2 mau makan..hihihi setiap jumaat team aku ada wat Makkkaann..maakkaann..maakkkaann..hihihi *nak menambahkan lg berat badann* biasa la ujung2 bln nie jimaattt wwwooooo

ari nie menu kitaorg pelbagaiii :

kak matul - Daging masak kariii

Aku - Telur itik masak lemak cili padi + Telur Masin

Nani - Sup Ayam

Fata - Udang goreng + Cendawan goreng

best lak makan ramai2 mcm nie..hihihi dah mcm picnic jer..ok kawan2 nnt kita wat slalu erkk jimat duit kalo bwk bekal nie... :D

Thursday, October 21, 2010

Durja Ningsun..

Posted by FadhDeela at 2:20 PM
Reactions: 
3 comments

Yesss mlm nie ada cite Durja Ningsun..walaupun aku nie penakut tp aku tetap nak tgk cite nie..best giler n hantu dia sgt menyeramkannnn terbaikk la lakonan Erin Malek tu..kalo ada award utk pelakon cite hantu terbaikkk aku pasti akan vote utk dia...tgk muka dia bile kena rasuhhh peeehhhh meremang bulu roma den..
cite nie kisah benar ke ah??sbb bile aku duk cite kat member aku pasal jalan cite durja ningsun nie pasti bulu roma *segala jenis bulu aku tegakkkkk!!!! seramm dowh...

aku bg sinopsis cite nie:

"Kisahnya bermula kepada Aria (Erin Malik) yang menanggung derita kerana diganggu makhluk halus sejak berusia 14 tahun. Aria sering dirasuk dan bermimpi tentang silam dunia Ningsun. Akhirnya, Aria sembuh selepas dirawat secara tradisional oleh datuknya, Haji Syaaban (Abu Bakar Juah). Kini, Aria sudah bersedia untuk melanjutkan pelajaran di jurusan kejuruwatan profesional. Rakan baiknya, Aliff (Aeril Zafrel) juga belajar bidang seni grafik di kolej yang berdekatan.

Bermulalah hidup Aria di asrama sementara kolej yang diubahsuaikan daripada bangunan kolonial lama. Di sana, Aria berkenalan dengan Myra, Nurlida, Suhana dan juga seniornya Yasmin yang tidak berapa menyukainya.

Aria mula merasakan ada sesuatu yang memerhati dan mengekorinya. Gangguan awal mula berlaku namun Aria masih berjaya menguatkan semangatnya dan hanya menceritakan segalanya kepada Aliff kerana mahu berahsia daripada ibu bapanya.

Ibu Aria, Azlin (Siti Sharizah Saifuddin @ Eja) mula bimbang tentang Aria dan mengadu kepada suaminya, Kamal (Eizlan Yusuf). Kamal menyuruhnya lebih melakukan amalan agama daripada masih percaya tentang adanya gangguan hantu.

Yasmin mahu menguji Aria lalu dia merancangkan satu upacara mistik yang selalu diadakan oleh pelajar senior walaupun dibantah oleh warden mereka, Ustazah Tahirah (Aida Aris) (bnda nie mmg aku xsuka tol...dulu masa sek pun senior aku suka wat bnda2 nie) sengal bnda tu xde dipanggil2 bile dtg tau lak takuttt!!!

Upacara mistik umpama animisme dilakukan di sebuah bilik terbiar dan akhirnya mengundang padah apabila Ningsun hadir dan merasuk ke badan Aria. Sejak itu, Aria sering diganggu oleh Ningsun dan dia mahu mengetahui apakah rahsia di sebalik gangguan yang terus menghantui hidupnya sekian lama? Sedikit demi sedikit, kebenaran berjaya dibongkarkan.. Namun, apakah Aria dapat mententeramkan roh Ningsun yang sudah mula melakukan pembunuhan?"

Jangan lupa tgk cite nie setiap KHAMIS kol 9.30pm..Rumate aku (NANI) tolong la pulang awal sblm aku sesak nafas tgk cite seram nie... :D

DRAMA BERSIRI: Durja Ningsun

SIARAN: Slot Seram TV3 setiap Khamis, jam 9.30 malam

TERBITAN: Excellent Pictures

PRODUSER: Ahmad Idham Ahmad Nadzri/Azlan Shah Jaffril

PENGARAH: Ahmad Idham Ahmad Nadzri - terbaikkk la arahan ahmad idham!!

PELAKON: Erin Malek (Aria), Eizlan Yusof (Kamal), Eja (Azlin), Ariel Zafrel (Aliff), Abu Bakar Juah (Haji Shaaban), Aida Aris (Ustazah Tahirah)

Breast Cancer Awareness Month

Posted by FadhDeela at 11:28 AM
Reactions: 
0 comments
October bln pink

Bln nie Bulan Kesedaran untuk Kanser Payu Dara so aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru smua wanita2 untuk selalu buat check-up untuk mengesan simptom-simptom awal kanser payu dara. Warna tema utk Breast Cancer Awareness Month nie adalah warna PINK..(warna pompuan biasa la) aku sndiri pun nak wat tp takuttt..hihihihi insyallah kalo ada masa aku akan g utk wat check up..
mlm td pun aku duk baca novel..kisah wanita kena breast cancer..aduhhh aiii seram sejuk lakkk aku baca penderitaan breast cancer nie..(meleleh2 air mata aku baca cite tu)

Aku bg info sikit pasal breast cancer ehsan Wikipedia..

Penyakit barah payudara merupakan barah tisu payudara / buah dada. Di seluruh dunia, ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut. Ada diantara puncanya adalah disebabkan pesakit lebih suka mendapatkan rawatan tradisi dan hanya bersetuju mendapatkan rawatan klinikal apabila sudah parah. Ini berbeza dengan negara maju di mana statistik di negara maju menunjukkan 80 hingga 85 peratus pesakit kanser payudara dapat menjalani kehidupan biasa setelah menjalani rawatan awal, berbanding hanya 58 peratus di Malaysia.

Pemeriksaan Sendiri:

Pemeriksaan payudara diri
bagi mengesan kehadiran benjol pada payudara perlu dilakukan sendiri setiap bulan, iaitu pada tiga atau empat hari selepas haid. Jika didapati ada perubahan pada buah dada, segera berjumpa doktor.

Antara perubahan itu ialah kulit menjadi kasar, wujud nodus (benjol keras), penterbalikan puting atau kulit, kulit berkedut dan menjadi merah, keluar cecair gelap atau darah dari puting atau nodus limpa di bawah ketiak membengkak.

“Ujian pemeriksaan kanser dilakukan secara manual (tangan) dan mamogram hanya untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi barah payudara perlu menjalani ujian mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35 tahun.

Usah takut untuk jalani pemeriksaan kesihatan, terutama wanita muda yang aktif melakukan hubungan seks. Ujian ini perlu dijalani sekurang-kurangnya setiap dua tahun sepanjang hayat walaupun usia mencecah 65 tahun.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian barah payudara, ultra sound dan ujian lumuran Pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Cara pemeriksaan sendiri

Ehsan encet gugel..
:: Berdiri di hadapan cermin
  • Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
  • Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payud ara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
  • Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.

:: Berbaring

Ehsan encet gugel

Untuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.

PENTING:

Dapatkan nasihat dari doktor jika terdapat:

  • Sebarang gumpalan.
  • Sebarang perubahan pada gumpalan yang timbul.
  • Sebarang perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit.
  • Puting tersorot ke dalam.
  • Terasa sakit pada payudara.

Wednesday, October 20, 2010

ASMARA..

Posted by FadhDeela at 1:21 PM
Reactions: 
0 comments
Malam td tengok cite ASMARA...kiranyer 2nd time la aku tgk cite nie..ada sbb nape aku xnak tgk cite..huh!!!

"Melati, aku paham perasaan ko bile org yg kita syg terpaksa tinggalkan kita disbbkan TERPAKSA!!!"
Cite asmara tu gak wat aku menangis lg..aku xnak dah tgk cite tu..jalan cite aku ngan jalan cite dia seakan2 sama2..huh!!
sedihkan bile teringat time org yg kita sayang tu mengorat kita dulu..indah giler time tu smua kenangan aku ngan main2 kat otak aku nie..waaaaaaa
senang cite sblm bnda2 lain aku pikir baikkkk aku ambik remote and TUTUP tv...aku pun zzzzzzzz

Tuesday, October 19, 2010

Cara untuk melupakan KEKASIH lama..

Posted by FadhDeela at 11:06 AM
Reactions: 
2 comments
Melupakan kekasih lama tidaklah semudah menghantar folder ke Recycle Bin delete begitu sahaja. Hubungan kasih sayang cinta mesra sewaktu ketika dahulu sukar untuk dilupakan terutama bagi kaum wanita. Cinta yang berkualiti dari lelaki memang susah nak dapat sama dengan yang baru dan perasaan terkenang-kenang dan merindu pedih dalam hati sering membuat diri kita tanpa sedar menggugur air mata. Berapa kerasnya hati kita, betapa brutalnya jiwa kita untuk menahan sebak jiwang rasa ia memerlukan ketahanan jiwa untuk sembuh secepat mungkin..Ah lupakan yang lama bina yang baru tak semudah dikata, jujurnya secebis perasaan sayang tentu ada.

Baiklah bagaimana agaknya kita mahu melupakan kekasih lama, bekas suami, bekas isteri, bekas tunang atau bekas kawan baik yang dulu kita cukup sayang..?

1. Menghapus kenangan bersama si dia
Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggaman kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.

2. Jangan menyeksa diri
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.

3. Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama. (mampu ke aku nak mencari penganti dia??bile bersama org lain aku pasti ingt kat dia..)

4. Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai, bentuk fizikal, saiz yang besar pada bekas suami, atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan. Itu cuma mainan perasaan.

5. Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana kita dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

6. Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.

7. Rakan dan keluarga pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan dan belah keluarga rapat yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.

8. Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang lagi bagus dari kekasih lama. Selalulah berfikir positif.
:: Ape yg penting mintak la pada yg Esa..Berdoalah supaya hati kita sentiasa TENANG dan mintak kepada ALLAH supaya kuatkan hati kita untuk MELUPAKAN DIA dan KENANGAN KITA BERSAMA DIA..

What Do Wants From Me!!!

Posted by FadhDeela at 10:08 AM
Reactions: 
0 comments
Hey, slow it down whataya want from me
Whataya want from me
Yeah I'm afraid whataya want from me
Whataya want from me
There might have been a time
When I would give myself away
Oooh once upon a time I didn't give a damn
But now, here we are so whataya want from me
Whataya want from me
Just don't give up I'm workin it out
Please don't give in, I won't let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me
Whataya want from me
Whataya want from me
Yeah, it's plain to see (plain to see)
that baby you're beautiful

And it’s nothing wrong with youIt’s me

I’m a freakbut thanks for lovin’ me

Cause you’re doing it perfectly

(it perfectly)

There might have been a time
When I would let you slip away
I wouldn't even try
But I think you could save my life
Just don't give up I'm workin' it out
Please don't give in, I won't let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep comin around
Hey, whataya want from me (Whataya want from me)
Whataya want from me (Whataya want from me)
Just don't give up on me
(uuuuuuh) I won't let you down
No, I won't let you down
(So hey) just don't give up
I'm workin it out
Please don't give in,
I won't let you down
It messed me up (It messed me up)
Need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me
Just don't give up I'm workin' it out
Please don't give in, i won't let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me (whataya want from me)
whataya want from me (whataya want from me)
whataya want from me

Monday, October 11, 2010

Kejadian 10.10.10

Posted by FadhDeela at 2:52 PM
Reactions: 
0 comments
mcm2 berlaku 10.10.10 nie..smua org berebut2 nak ambik tarikh tu wat majlis..dlm ada yg bersuka ria ada jugak yg berlaku kejadian mengerikan...

Perkahwinan:

1. Datuk Dr Sheikh Muszaphar & Dr Harlina

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar & Dr Harlina

Tahniah buat Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang telah selamat melangsungkan majlis akad nikahnya pagi tadi. Rancangan Nona di TV3 ada wat siaran ulangan pernikahan n persiapan resepsi mereka.. Malam lak ada Live kat tv3 kol 9pm. aku layan ngan dak2 umah..
Sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua. Dr. Harlina Mohd Yunos seorg yg hapi go lucky..ceria sgt muka dia..sgt comey..tp Dr Sheikh muka ketat sikit mungkin kepenatan kot..Semoga Perkahwinan angkawasan negara ini bahagia dan kekal ke akhir hayat.

2. Datuk Sani & Fatimah Dalilah


Sani Express & Fatimah Dalilah

Majlis pernikahan Datuk Sani dan Fatimah Dalilah telah diadakan di Masjid Kristal, Terengganu. Wang hantarannya ialah RM100,000 (kalo xsilap la) dan pengantin perempuan menerima sebuah kereta mewah & umah kot..smua maklumat ehsan encet gugels yang berharga lebih kurang RM400,000. Bertuah badan si pengantin perempuan dapat suami yang berkemampuan.

3. Jimmy Shanley & Suhaila

Jimmy Shanley & Suhaila

Xsangka lak jimmy nie akhir nyer menamatkan zaman bujang nyer..pengantin perempuan nie kalo xsilap umur dia sama ngan umur aku..hihihihi. dia jugak anak kepada pengasas kosmetik natasha..(perasan x bj pengantin mcm ketat jer) xleh nak bernafas je aku tgk :D

4. Aqasha & Noor Baizura

Aqasha & Noor Baizura

Kuning sungguh pengantin nie..sakit mata aku..huhuhu xtau pun aqasha nak kawen. aku dpt info nie pun dr Beautifulnara..tq

5. Bienda & Kamarul
Bienda & Kamarul

Persandingan yg aku paling admiree dlm byk2 yg kawen 10.10.10 nie..cantek sgt tema kawen diaorg..sgt cantek!!! Bienda pun lawa giler..husband dia pun handsome..(nice colour merah hitam putihhh) - kaler aku plan utk kawen yg xjadi!! =(

last kali kawan aku masa sek dulu kawen..rafeuddin & pasangan..xde gmbo yg leh dikongsi sbb x g pun xdpt jemputan..huhuhuhu mmg kecik ati jugak la ngan effi sbb dia xjemput aku ngan adah!! tp xpe la aku doakan asalkan ko bahagia smpai akhir hayat!

Ensan encet gugel

Ramai yg kawen ada jugak berita sedih..xcident yg paling mengerikan..meragut byk nyawa..
kalo siapa berani nak tgk gmbo2 yg mengerikan tu leh la tgk kat beautifulnaza punye page..
Al-Fatiha buat arwah mangsa2 yg beragama islam....Al-Fatihah

Nasi Daging..

Posted by FadhDeela at 2:19 PM
Reactions: 
0 comments
Nasi Daging yg dah jd Fav aku skrg..sedapppp (ehsan encet gugels)

Resipi nasi daging...ehsan dr SAB. nnt aku jemput ko mkn erk sab.. :D

NASI DAGING:

Bahan2nyer:

1.
Daging (1/2 kilo, klu suker byk daging masukkan jerk 1 kilo heeee…:)
2.
Beras (2 pot) - utk yg bujang2 jer
3. Susu cair (yg sedap jenama Dairychamp or Ideal :)
4. Bawan merah n bawang putih
5. Bunga lawang ( 2-3 biji)
6. Bunga cengkih (2-3 biji)
7. Kulit kayu manis (1 btng)
8. Buah keras (3 sudu ditumbuk)
9. Garam (secukup rasa)

Cara2nyer:

-rebus daging yg dah dipotong sampai dgn sikit garam sampai daging tu empuk.

-tumis bwang, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis sampai naik bau.

-pehtu masukkan air rebusan daging (2 cawan) + susu cair (1 cawan) +buah keras yg dh ditumbuk hancur tu+garam. Then biar smpai mendidih.

-masukkan beras yg dh dibasuh dalm rice cooker+kuah yg dah dimasak tu+ daging yg dh direbus tdi.(sukatan air make sure sama byk dgn beras nyer ;-) )

-sambil2 nasi tu masak gaul2 sekali sekala nasi tu biar dier sebati ngn daging...pehtu bior ler nasi tu smpai mask...

Pesanan Utama: jgn luper tekan suis rice cooker tu plakk.kang sampi thun depan x masak2 nasi ko hahaa..

Air Asam dia lakkk:

1. Bawang

2. Cili api

3. Tomato Biji

4. Kicap Air

5. Kicap Masin

6. Asam Jawa

7. Kerisik

8. Sos Cili

9. Sos Tomato

10. Garam/gula/ajinomoto secukup rasa

Masukkan jer semua bahan nie secukup rasa..jadi ler air asam..

SIAPPP...Leh la menjamu org tersayanggg =)

Open House yg terakhir utk thn nie..

Posted by FadhDeela at 1:34 PM
Reactions: 
0 comments
Ahad ari tu aku n geng training g open house umah kak matul kat gombakkk..nie open house yg terakhir la kiranyer aku g..hihihi pastu raya pun dah abis..kak matul wat khas utk kami.. :) tq kak..

aku naik dari LRT Putra smpai stesen Universiti..then tunggu fata ambik kat situ..time ngah tunggu fata ada la skumpulan bdk2 sek br nak naik lalu depan aku..jln luasss kotttt nak jugak lalu depan muka org..aduh aiii nasib la hidung aku penyekkk (kecikknn sbb kutuk diri sndiri) kalo mancung mau jugakk tersnagkut bj dia kat hidung aku..huh!!! bikin panas jer..

ada 1 lg kes..makcik nie aku ngah duduk ngan nani tetime nenek tua (mak dia kot) duk sebelah nani then anak dia dtg2 jer tadah buntut nak jugakkk duk sebelah maknyer..allooo kak at least berbahasa la sikitt "dikk leh x akak nak duk sini"!!!! nie x mainnn tenyeh jer buntut dia tuuuu...ayoooo mcm2 perangai la org2 kat malaysia nie..kita kan ada kempen BUDI BAHASA AMALAN KITA!!!!!!!!!!!!

sabo2...lantak kome la..mcm2 hal..

kak matul saji kitaorg ngan NASI AYAMMMMMM..sedappp!!! ngan KEK CHEESEEEEEE yg terbaikkk la..huhu siap bg kitaorg bwk blk lg..hiihihi lain thn wat lg erkk :D
(sape2 nak order kek or cupcake leh g tgk blog tuan empunye..kualiti mmg terbaikkk)

http://wincupcake.blogspot.com/


Nasi Ayam Tn Tanah...


Kek Cheese (request by aku) =P

Wednesday, October 6, 2010

Eat..Pray...Love

Posted by FadhDeela at 12:51 PM
Reactions: 
0 comments
ehsan encet gugels

Liz Gilbert (Roberts) had everything a modern woman is supposed to dream of having - a husband, a house, a successful career - yet like so many others, she found herself lost, confused, and searching for what she really wanted in life.
Newly divorced and at a crossroads, Gilbert steps out of her comfort zone, risking everything to change her life, embarking on a journey around the world that becomes a quest for self-discovery.
In her travels, she discovers the true pleasure of nourishment by eating in Italy; the power of prayer in India, and, finally and unexpectedly, the inner peace and balance of true love in Bali.

Director: Ryan Murphy

Cast:
Julia Roberts - Liz Gilbert
James Franco - David Piccolo
Javier Bardem - Felipe
dan sebagainyer.....

dalam list nak g layan muvie nie.. :D

Sakit Pingagng..

Posted by FadhDeela at 10:49 AM
Reactions: 
0 comments
Aduh sakitnyer pinggang aku..rasanyer dah seminggu kot pinggang aku sakit..minggu nie 2hari aku mc nie msti sbb aku berdiri lama (jd pak pacak kat amcorp mall) n pakai heels lak tu..aduh aii sakitnyer..nak nngs jer rasanyer.. =,(

Sape2 tau x mana nak cr tukang urut kat sini..huh sshnyer nak cr tukang urut kat sini..nak blk mlk xleh nak duk lama dlm kete..sedeynyer. (mcm nie kot encet peyja sakit pinggang yg selalu dia cite kat aku)

ari nie kena masuk keje jugak walaupun sakit lg..tahan je la kang mc lama2 bising lak bos aku nie..huhuhu..bos nak blkkkkkkkkk!! xleh nak duk lama nie.. :(

ape nak wat bg hilang sakit nie?
 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review