Tuesday, December 7, 2010

Tip - tip nak Interview Jawatan Kerajaan..

Posted by FadhDeela at 10:13 PM
Reactions: 
aduh aii next week aku ada interview Pembantu Tadbir kat Melaka...alamak aiii cuak la den nak g interview nie..sejak grade nie cuma 3kali jer aku g interview..

abis2 blajo jer aku interview jd cikgu sementara kat mlk..pastu interview kat XYBASE..company aku keje skrg..paling last skali aku interview kat Digi..tu pun 2thn lepas!! hahahaha

preparation???dah ready ke aku nak g interview nie??aku xprepare ape2 pun..mak ayah aku yg xcited prepare utk aku..hahahahaha
hati aku nie berbelah bagi la weiii...keje aku skrg lagi2 better dr post tu...waaaa tp iela ckp try jer walaupun gaji keje skrg lg bagus dr gaji pembantu tadbir.. *mak ayah aku pun harap sgt aku masuk gov*

aku br info sikit pasal keje Pembantu Tadbir N17..*aku kongsi ngan kwn2 mana yg dpt jugak interview*

Mungkin anda terlibat dan mungkin juga tak terlibat. Jika tak terlibat, bolehlah forward kan info ini kepada rakan-rakan yang perlukannya.

Pembantu Tadbir N17 (Perkeranian/Operasi) sememangnya
banyak kekosongan sekarang especially di kementerian
- kementerian kerajaan di Putrajaya..Staff tak cukup!

Oleh itu..

SPA memanggil beribu-ribu calon berkelayakan untuk
menjalani temuduga di pusat temuduga SPA bermula
29 Nov – 31 Disember 2010 ni.

Itulah! Ramai dipanggil, ramai juga yang akan diambil.

Apakah tugas Pembantu Tadbir ni?

—————
Deskripsi Tugas:
—————
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian
dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi
aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad
kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel,
perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan
maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

————————–—-
Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
————————–
Aspek Perkeranian
a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personel.
- perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia
- perkhidmatan, latihan dan kerjaya
- gaji, elaun dan kemudahan
- faedah persaraan
c) Pengurusetiaan.
d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
e) Pengurusan Rekod.
f) Pengurusan Kewangan.
g) Pengurusan Fail.

Itulah serba ringkas berkenaan deskripsi tugas
Pembantu Tadbir ni…

Bagaimana nak prepare untuk hadiri temuduga N17 ni?
Jom ikuti sedikit tips..

1) Buat preparation awal. Kaji apakah tugas bagi
pembantu tadbir ni. Anda boleh lihat di atas
di bahagian skop fungsi/bidang tugas. Contoh
kerjanya:

# urus punch kad staff di jabatan/unit

- siapa lewat, siapa MC :-)

# Jaga fail. Termasuk kena cari fail.

# Jaga cuti, gaji, kebajikan staff

# Menaip dan buat surat/dokumen

# Jadi POSMEN :-)

# Kadang-kadang jadi PA

# Jadi urusetia meeting, seminar ke, kursus..

# Jadi operator telefon..Berhubung dengan rakyat…

# Macam-macam lagi kerja Pembantu Tadbir ni yang penting-penting. Kata mudahnya, tiada pembantu tadbir, tak jalan juga operasi sesuatu jabatan/unit dalam sektor kerajaan.

2) Baca pekeliling bagi perkhidmatan awam. Ini bagus, dan berguna masa ditemuduga. Saya sering dimaklumkan ramai juga calon ditanya soalan berkenaan pekeliling ini. Contohnya, ditanya berkenaan tangga gaji pembantu tadbir, pasal cuti, pasal kenaikan pangkat. Tapi tak semestinya.. Ada juga yang tak ditanya pasal pekeliling ni. Bagi saya, tahu basic-basic sudah memadai:-)

3) Jangan fikir pasal nak menjawab soalan temuduga saja. Anda akan dinilai dari segi akhlak, keyakinan, adab, air muka dsb nya. Untuk jawatan pembantu tadbir ni, anda perlu kelihatan sentiasa ramah sentiasa senyum. Almaklumlah, tugas pembantu tadbir nanti akan membuatkan anda berjumpa dengan ramai orang. So, kenalah sentiasa ramah, senyum semasa temuduga supaya si panel penemuduga akan berkata “Dia ni peramah, dia ni suka senyum. Memang sesuai dengan jawatan ini”.

4) Jangan terkejut dengan soalan-soalan PELIK. Contohnya: ” Kenapa Suami Awak Nak Kat Awak Ye?” Apakebenda soalan macam tu? Maksud tersiratnya” kenapa awak sesuai untuk jawatan N17 ini dan boleh membuatkan orang suka pada awak semasa menjalankan tugas?”. Haaa..Begitulah:-) Jawapannya mungkin "Saya suka SENYUM kot tuan panel”. Soalan-soalan sebegini bukannya suka-suka ditanya. Ada maksud tersiratnya.

5) Jangan lupa study isu-isu semasa, dasar kerajaan, ekonomi dll. Baca je akhbar:-) Ni nak uji kita peka dengan hal sekeliling kita atau tidak. Dijangka ‘famous’ ditanya adalah berkenaan“1 MALAYSIA”. Study lah. Baca!!

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review