Tuesday, December 14, 2010

Terlenyek BAYI...

Posted by FadhDeela at 10:15 PM
Reactions: 
sedihnyer..!!!

OoohhMmmyyGodd!! aduh ai nape leh jd mcm nie???kesian nyer baby tu..nape la diaorg nie sanggup buang bayi...xde hati perut tol la korang nie..kalo xnak bayi tu pun bg la kat org yg nak!!! pasangan yg dah lama kawen tertunggu2 nak dpt anak korang sedap jer buang!!! huh

KOTA TINGGI: Seorang kaki pancing menangis teresak-esak apabila objek disangka sampah terlekat pada tayar depan keretanya ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tebing Sungai Johor, di sini, pagi semalam, rupa-rupanya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan.Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Lim Kin Chee, 58, mengundurkan kereta Datsun Wagon miliknya ke gigi air apabila tayar depan kenderaannya tersekat.

“Saya ingatkan sampah dan turun untuk membuangnya, tetapi terkejut apabila mendapati objek yang menyekat pergerakan kereta saya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat.

“Mayat itu tersembul keluar dari beg plastik hitam di bawah tayar kereta. Hampir separuh tubuh bayi itu terhimpit di bawah tayar dan saya menangis kerana kesedihan melihat keadaan itu.

“Saya sedih, marah dan kecewa sikap individu yang tidak berperikemanusiaan kerana membuang zuriat sendiri,” katanya. *lempang jer org yg buang tu!! rejam!!*

Ketua Balai Polis Kota Tinggi, Cif Inspektor Mohd Azizi Abd Razak bersama pegawai dan anggotanya bergegas ke lokasi penemuan bayi itu sebaik menerima panggilan telefon daripada Lim. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot mengesahkan penemuan mayat bayi lelaki berkenaan.

“Kami meminta bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Setakat ini, siasatan masih berjalan dan tiada tangkapan dibuat. Keterangan Lim juga sudah diambil dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi 07- 8837222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

6 comments:

papabear said...

hopefully siapa yg buat tu akan dapat balasan yg setimpal... cis...

JungRara said...

kejam...cian kaki pancing tu..x pasl2 trauma

fadhdeela said...

hopefully...kejam sgt2..cian baby tu..my sister tunggu 2thn nak baby tp diaorg sedap jer buang mcm 2 jer!

Princess Aina said...

dan harapnya kaki pancing tuh trauma tanak gi mancing dah. kurang sorg kaki pancing kat mesia nie.. (hah, takde kene mengena nk emo psl kaki pancing lak...)

Bayi itu akan tuntut di akhirat nnt... huh..!~

aibaks said...

uis..tragis tul..

nota kaki: aibaks folo fahdeela plak

fadhdeela said...

sedih..n ngeri tgk gmbar baby tu

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review