Sunday, December 5, 2010

Ngangkung!!

Posted by FadhDeela at 3:59 PM
Reactions: 
Ngangkung...best!! 4stars..gelak xingt punye!

last entry aku ckp nak cite pasal ngangkung...*aktiviti kitaorg smlm* nie aku bg sinopsis cite Ngangkung..cite nie best tgk kalo korang ngan stress!! ketawa mmg xingt la..leh sakit perut gelak tgk cite nie!! laaayyyaannnzzz

Pelakon:

Shaheizy Sam = Azim
Azad Jazmin = Tasnim
Angah Raja Lawak = Hamidah
Eira Syazira = Suri
Adik Farisya Fatin = Wahida
Ruzaidi Abdul Rahman = Bomoh
Mazlan Pet Pet = Pendeta
Azlee Jaafar = Doktor Sakit Puan

‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya.

Lembing utk di puja!

Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.

Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.

Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombot ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar2 mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati?

Time nie mmg terjerit la!!

:: Cite nie simple tp kelakar giler! dr muka start smpai abis asyik gelak jer..sakit usus aku tgk cite nie!! mmg lawaksss..

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review