Thursday, December 2, 2010

KL bakal sesakk 051210!!

Posted by FadhDeela at 11:24 AM
Reactions: 
Laluan yg bakal sesak kat KL
SHAH ALAM 1 Dis – Penyelaras kempen antikenaikan harga air Selangor, Dr Badrul Amin Baharom lebih prihatin tentang karenah dan provokasi dalam kumpulan sendiri berbanding kelompok si baju hitam yang tidak diketahui agenda mereka.
Bercakap kepada SelangorKini, Badrul berkata, adalah lebih penting untuk memastikan kumpulan yang diketuai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad ini berjaya menyerahkan memorandum membantah kenaikan harga air kepada Yang di-Pertuan Agong dengan aman dan lancar.
"Saya cuma fikir sekarang ini bagaimana untuk menjaga supaya anak buah kita berdisiplin, baik, ikut arahan dan kita tidak mahu ada unsur-unsur provokasi dalam kumpulan kita,” katanya.
Menurut Badrul yang juga Pengarah Komunikasi di Pejabat Menteri Besar berkata, walau apa yang berlaku dan apa jua tujuan kumpulan berbaju hitam yang dikenali sebagai Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) pada Ahad ini, ia sama sekali tidak akan menjejaskan proses penyerahan petisyen tersebut.

Petisyen yang mengandungi tandatangan 100,000 rakyat Selangor bertujuan meminta Duli Yang Maha Mulia Tuanku campur tangan menyekat kenaikan harga air.
Justeru, menjadi keutamaan katanya untuk memastikan semua peserta yang dijangkakan lebih 20,000 orang tidak menimbulkan sebarang masalah dan ‘termakan’ sebarang provokasi luar.
“Kita akan berpesan kepada ahli kita supaya bertenang dan tidak termakan dengan provokasi.
“Kita tidak tahu siapa mereka, apa tujuan mereka. Jadi kita tetap dengan agenda kita. Mereka hendak datang, apa hajat mereka, kita tidak mahu ganggu, tetapi sekiranya mereka menganggu kita, itu kita kesal lah,”
ujar Badrul lagi.
Diuja dengan persoalan sama ada kehadiran kumpulan berbaju hitam itu bertujuan menimbulkan onar sehingga menyebabkan polis membuat sekatan dan sebagainya, Badrul berkata, ia bukanlah faktor penting lagi pada masa kini.

“Kita ada kerja kita pada hari Ahad dan kita akan buat kerja kita. Si baju hitam hendak datang buat kerja dia, buat lah. Polis hendak datang buat kerja dia, buat. Semua orang akan buat kerja.Kita akan mati dan jawab dengan Tuhan kerja masing-masing,” tambah Badrul.
Kumpulan berbaju merah dijadual berkumpul di Masjid Negara pada jam 12 tengah hari sebelum berarak ke Istana Negara, tidak jauh daripada tempat itu.
Manakala Gaps pula akan berkumpul di Masjid Jamek setengah jam selepas itu. Laluan yang akan digunakan kedua-dua pihak setakat ini masih belum jelas.
Menurut kedua-dua penganjur, mereka tidak memohon permit polis dan hanya memaklumkan kepada pihak berkuasa.

:: br nak jenjalan this week..huhuhu kaco jer la!!!

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review