Friday, December 17, 2010

Ibu & Anak Merompak!!!

Posted by FadhDeela at 9:46 AM
Reactions: 
mcm2 kes la skrg nie..kalo ibu dah ajar anak merompak sape nak ajar anak jd baiiiikkkkk??? meh baca berita dr Kosmo!

KOTA BHARU – Pasangan ibu dan anak yang merompak seorang tukang jahit pada 1 Disember lalu, menangis teresak-esak di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas hukuman penjara lima dan enam tahun dijatuhkan terhadap mereka.

Perkarangan mahkamah bertambah hiba apabila tertuduh, Che Rosnani Mohd Rawi, 47, dan Shazrina Shariz Kamaruzaman, 29, dari Melor, di sini, dibenarkan polis bertemu dan memeluk erat anak masing-masing sejurus selepas hukuman dijatuhkan.

Kedua-duanya ditahan empat hari selepas merompak barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit milik pengadu, Asmah Ibrahim, 41, yang keseluruhannya bernilai RM20,000 di rumah tumpangan di Tingkat 1, Flat Hijau, Bandar Baru Kubang Kerian, di sini, pada 1 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Asmah yang berada di kedai jahitnya didatangi Shazrina yang memperkenalkan diri sebagai ‘Juriah’ lalu mengajaknya ke rumah tumpangan terbabit untuk mengukur tingkap dan pintu bilik, kononnya untuk membuat tempahan langsir.

Mengikut fakta fail kes, semasa membuat ukuran, Shazrina yang sentiasa mengekori Asmah menyemburkan sesuatu ke dalam mata tukang jahit itu, menyebabkannya pedih serta tidak dapat melihat.

Apabila Asmah melawan, mulutnya disumbat kain, tangan diikat dan diseret ke dalam tandas lalu kepalanya ditutup dengan selimut dan baldi. *cekap giler dak nie!!*

Pada masa sama, kedua-dua tertuduh menanggalkan barang kemas di badan pengadu, melarikan wang tunai dan telefon bimbit mangsa.

Mangsa yang berjaya melepaskan diri kemudian membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian, di sini.

Semasa prosiding semalam, Shazrina merayu mahkamah meringankan hukuman kerana dua anaknya menghidap penyakit kronik.

“Saya terdesak, suami di pusat pemulihan, saya susah, anak keempat sakit jantung dan anak bongsu, enam bulan disahkan ada masalah penglihatan dan saya masih menyusu badan pada anak itu,” katanya. *jgn ambik jln mudah makciikk!*

Manakala ibu kandungnya, Che Rosnani turut merayu perkara sama di hadapan Hakim, Dasuki Ali.

“Saya lakukan semua itu untuk bayar hutang dan suami hanya buruh, saya ada sembilan anak, saya insaf. Ini kesalahan pertama dan saya tidak akan ulang lagi,” katanya.

Hakim memerintahkan mereka menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapan iaitu 5 dan 6 Disember lalu.

4 comments:

fairus said...

Macammana la anak nak mencontohi ibu kalau ibu pon tak betul.. Umpana ketam mengajar anaknya berjalan..

fadhdeela said...

tu la pasal..sedih bile jd mcm nie..ibu pttnyer bimbing anak nyer bkn mengajar jd jahat

Aizuddin Hanis said...

mcm2 prngai skrg ni..y pntg dpt wang..adush..manusia2

fadhdeela said...

duit sgala2nyer skrg..sanggup wat ape..bkn rompak jer bunuh pun sanggup!! skrg dah jd hamba duit

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review