Saturday, December 4, 2010

Bekas Permaisuri Aishah SAMAN Uncle Seekers

Posted by FadhDeela at 12:00 AM
Reactions: 
Bekas Permaisuri, Siti Aishah

Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif.

Kronologi kisah ini boleh dibaca di sini

:: Akhirnya mantan permaisuri Agong telah pun mengambil atas tindakan yang memalukan nama beliau. Sama-sama kita tengok episod ini di mahkamah. Rasanya ini saman malu sebab mendedahkan perkara peribadi. *credit kat Beautifulnara*

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review