Wednesday, November 10, 2010

Malaysia oh Malaysia

Posted by FadhDeela at 10:35 PM
Reactions: 
MALAYSIA

Malaysia kalah?? ermm xpe la malaysia kita cuba lg 13/11/10 nie ngan china lak...huhuhu walaupun aku kureng sikit bola malaysia nie tp dsbbkan NEGARA ku tercinta MALAYSIA aku tetap akan bg semangat kat pemain malaysia...!!! go go chaiyokkkk..main sebaik mungkin..MALAYSIA!! MALAYSIA!! MALAYSIA!! *semangat giler!*

Seperti yang dinantikan, telah pun tamatnya permainan antara Malaysia dan Jepun pada perlawanan Group A di Sukan Asia, yang mana memperlihatkan Malaysia tewas pada Jepun dengan jaringan 2-0. Walaupun pada mulanya Malaysia memegang posisi bola pada kadar 51%, akhirnya melalui analisa keseluruhan permainan, Malaysia hanya memengang posisi bola sebanyak 42% berbanding Jepun sebanyak 58%.

Gol pembukaan oleh Jepun dilakukan melalui jaringan Nagai Kensuke pada minit ke-26, dan separuh masa pertama tamat dengan 1-0. Seterusnya, pada minit ke-64, Jepun berjaya menambah lagi satu jaringan melalui Yamaguchi Hotaru, sekaligus menjadikan skor jaringan 2 berbalas 0. Walaubagaimanapun, Malaysia memperlihatkan permainan yang menarik sepanjang perlawanan antara Jepun.

Sebelum ini, Jepun menewaskan China dengan jaringan 3-0, manakala Malaysia pula menewaskan Krygyzstan dengan jaringan 2-1. Selepas ini, Malaysia akan bertemu dengan China pada perlawanan seterusnya pada hari Sabtu ini, 13 November 2010.

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review