Monday, November 15, 2010

Justin Bieber dibunuh?

Posted by FadhDeela at 11:23 AM
Reactions: 
baby..baby..oohh weei!!! hahahahahaha

KISAH terbaru ini pastinya akan mengejutkan jutaan peminat Justin Bieber di seluruh dunia. Satu berita yang sangat mengejutkan dan pastinya ramai yang akan menangisi kehilangan penyanyi tersebut setelah mati dibunuh. *OMK!!!! betul ke???*

Bagaimanapun, para peminatnya tidak perlu berasa sedih atas pemergiaannya kerana kematian Justin sebenarnya hanya terjadi dalam salah satu episod dalam rancangan kartun South Park *sengal!!!* Kartun berkenaan sememangnya cukup kontroversi kerana kerap memaparkan adegan ganas.

Dalam salah satu rancangan kartun tersebut, penyanyi cilik itu telah dibunuh oleh seekor raksasa ganas yang menyerangnya sewaktu beraksi dalam satu persembahan konsert ketika sedang menyanyikan lagi popularnya, Baby.

Raksasa yang dikenali sebagai Coon itu telah mengepit kepala Justin dengan jarinya sehingga pecah dan kemudian berlalu begitu sahaja setelah membunuh penyanyi tersebut dengan berasa bangga.

"Negara ini akhirnya akan terhindar dari segala kejahatan, tetapi apa yang paling penting sekali adalah dapat memusnahkan musuh yang paling jahat iaitu Justin Bieber. Untuk menyelamatkan dunia, makhluk kecil ini harus dimusnahkan," ujar Coon yang pastinya mampu mendatangkan kemarahan penyanyi berkenaan.

:: hahahahhahahhaa bonggokkssss jer!! wat gempak jer la berita nie..ampeh!!!!

ehsan: paper kosmos

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review