Sunday, November 21, 2010

Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam

Posted by FadhDeela at 12:05 AM
Reactions: 
ehsan encet gugelz

1. Yang Berkemampuan

2. Boleh dijadikan sebagai perganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yg menimpa kerana apabila seorg wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Panda menjaga darjat diri. Apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu, suami yg baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yg mungkar.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh kerana lelaki yg biasa kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri - ciri lelaki yg tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sgt tidak menyukai manusia yg hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha. *yg nie aku suka!!..laki2 jgn mls bkerja okk*

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnyer kpd isteri dan anak2.

8. Datang daripada keturunan org yg baik - baik lg rajin beribadah. Seelok - eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

:: payah nk cr lelaki yg ada smua ciri2 tu zaman skrg nie..ape yg aku harapkan biar la yg leh bimbing aku dlm agama, hormat aku, syg dan cintai aku seadanya & family nyer terima aku seadanya...aminn

2 comments:

Leen Abdullah said...

nak copy mende neh bole cik selipar.. ekeekke

fadhdeela said...

copy la cik leen...kongsi bersama2..nnt aku update yg lg best! :P

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review