Friday, November 19, 2010

Chong Wei & Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mara

Posted by FadhDeela at 11:08 AM
Reactions: 
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke suku akhir perseorangan lelaki Sukan Asia 2010 tatkala Hafiz Hashim terkandas pada aksi pusingan kedua di Gimnasium Tianhe, Guangzhou semalam. *ape la hafiz nie!*

Chong Wei dipaksa bermain tiga set setelah tewas 17-21 pada set pertama kepada pemain Hong Kong, Chan Yan Kit tetapi bangkit mencatat kemenangan 21-9, 21-6 pada dua set berikutnya.

Pada aksi suku akhir pagi ini, Chong Wei bakal berdepan pemain Thailand, Boonsak Ponsana.
Ia peluang terbaik Chong Wei membalas dendam kekalahan 21-9, 10-21, 19-21 kepada Boonsak ketika Malaysia tewas 2-3 kepada Thailand pada suku akhir acara berpasukan lelaki, Sabtu lalu.

Seandainya berjaya melepasi halangan Boonsak, Chong Wei bakal berdepan Chen Jin (China) atau Chou Tien Chen (Taiwan) pada separuh akhir malam esok.
Sementara itu, nasib tidak menyebelahi Hafiz apabila dia tersingkir seawal pusingan kedua setelah tewas 18-21, 16-21 kepada pemain Korea Selatan, Park Sung- hwan.

“Rasa kecewa sangat kerana Sukan Asia salah satu kejohanan besar dan sudah tentu saya mahu mara lebih jauh tetapi terpaksa berdepan Sunghwan pada pusingan kedua.
“Dalam kedua-dua set, saya berjaya mengikat kedudukan 15-15 dan 16-16 tetapi Sung-hwan lebih fokus untuk menamatkan permainan.
“Saya cuba bermain secara menyerang tetapi Sung-hwan jelas cukup bersedia untuk menahan setiap asakan saya.
“Kini saya berharap Chong Wei dapat meraih pingat emas dalam acara perseorangan lelaki selepas Malaysia gagal dalam acara berpasukan lelaki dan wanita,” kata Hafiz ketika ditemui selepas perlawanan.
*ckp jer pandai..hikhikhikhik*

Beregu handalan negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong pula layak ke separuh akhir beregu lelaki selepas menundukkan pasangan Jepun, Hiro- katsu Hashimoto/Noriyasu Hirata 21-19, 13-21, 21-18.
Pada aksi separuh akhir malam ini, Kien Keat/Boon Heong akan berdepan gandingan Indonesia, Mohamad Ahsan/Alvent Yulianto Chandra.

Mari kita tgkk!!! bg sokongan kpd pemain MALAYSIA!!! *ada live x??*

ehsan Kosmo

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review