Thursday, November 18, 2010

AzizulHasni Awang

Posted by FadhDeela at 9:42 AM
Reactions: 

WIRA NEGARA

LAGU Negaraku akhirnya berkumandang di Velodrom Guangzhou semalam. Seperti diramal, pelumba sensasi negara, Mohd. Azizulhasni Awang berjaya menyumbang pingat emas pada temasya Sukan Asia 2010 semalam. Aku ngan famili tgk perlumbaan tu!!! *kat TV jer la*

Azizulhasni menghadiahkan emas kedua buat kontinjen Malaysia menerusi acara keirin.
Lebih membanggakan, penantian kilauan emas selama 42 tahun dalam acara trek Sukan Asia itu juga hadir dengan kejayaan 1-2 apabila seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng memenangi pingat perak.

Kejayaan semalam dilihat sebagai ulangan apabila Azizulhasni dan Josiah muncul selaku dua pelumba terpantas dalam acara yang sama pada Sukan Komanwel di New Delhi, India bulan lalu.
Namun kemenangan Azizulhasni di New Delhi telah dibatalkan selepas dia didapati bersalah kerana menolak pelumba New Zealand, Simon Van Vel Thooven ketika mencelah sebelum memecut melintasi garisan penamat.

Bagaimanapun, Azizulhasni tidak mahu deritanya berterusan apabila bijak mengatur strategi bagi merangkul emas di Velodrom Guangzhou semalam.
"Kejayaan 1-2 ini membuktikan bahawa kita adalah kuasa besar dalam sukan basikal di Asia," jelas Azizulhasni.

"Pada Sukan Komanwel lalu, kemenangan saya telah dibatalkan tetapi kali ini, kami sekali lagi berjaya mencatat kejayaan yang sama, sekali gus membuktikan bahawa pencapaian kita di India lalu adalah benar."

Sebelum beraksi dalam acara kegemarannya itu, Azizulhasni terlepas peluang meraih pingat gangsa bagi acara pecut individu selepas kecundang di tangan pelumba Jepun, Nitta Yudai.
Jelas sekali kegagalan itu memberi suntikan semangat kepada Azizulhasni untuk tampil lebih bertenaga dalam acara keirin.

"Pada mulanya saya agak kecewa setelah gagal menyumbang pingat dalam acara pecut individu kerana kesilapan teknikal.
"Namun selepas itu saya mengumpul semula kekuatan untuk memberikan aksi terbaik buat kali terakhir dalam acara keirin.
"Saya telah beritahu John Beasley (jurulatih) bahawa saya mahu menampilkan kayuhan kamikaze (berani mati) sebab ia adalah peluang terakhir dan syukur kepada Tuhan kerana saya akhirnya berjaya,"
ujarnya lagi.

Pada saingan penuh mendebarkan semalam, Azizulhasni yang digelar The Pocketrocketman mempamerkan henjutan bertenaga pada 250 meter terakhir perlumbaan.
Ketika itu, dia berjaya meninggalkan Josiah serta dua pelumba handalan China, Zhang Lei dan Zhang Miao serta Watanabe Kazunari (Jepun) dan Mohammad Parash (Iran).

Malang menimpa Zhang Lei dan Parash apabila mereka terlibat dalam insiden pelanggaran pada jarak 200m terakhir, sekali gus menyaksikan Azizulhasni dan Josiah selesa di depan meninggalkan Zhang Miao yang memenangi pingat gangsa.

"Ketika sedang memecut, saya ada dengar satu pelanggaran di belakang tetapi saya tidak peduli tentang itu, sebaliknya saya hanya mahu memberi tumpuan kepada henjutan terakhir ke garisan penamat.
"Apa pun saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada John dan semua pihak yang terlibat kerana terus menaruh kepercayaan kepada saya di sini.

"Kejayaan ini saya hadiahkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sabar menanti kemenangan saya," kata pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu lagi.

Hasil kejayaan itu, Azizulhasni, 22, memberitahu, dia akan membotakkan kepalanya bagi 'membayar' niat yang telah lama terbuku dihatinya selama ini. *bgs bernaza..alhamdulillah*
"Saya telah berniat untuk membotakkan kepada jika menang dan nampaknya selepas makan hari ini (semalam), saya akan terus membotakkan kepala," katanya

:: ehsan Kosmo

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review