Thursday, October 21, 2010

Durja Ningsun..

Posted by FadhDeela at 2:20 PM
Reactions: 

Yesss mlm nie ada cite Durja Ningsun..walaupun aku nie penakut tp aku tetap nak tgk cite nie..best giler n hantu dia sgt menyeramkannnn terbaikk la lakonan Erin Malek tu..kalo ada award utk pelakon cite hantu terbaikkk aku pasti akan vote utk dia...tgk muka dia bile kena rasuhhh peeehhhh meremang bulu roma den..
cite nie kisah benar ke ah??sbb bile aku duk cite kat member aku pasal jalan cite durja ningsun nie pasti bulu roma *segala jenis bulu aku tegakkkkk!!!! seramm dowh...

aku bg sinopsis cite nie:

"Kisahnya bermula kepada Aria (Erin Malik) yang menanggung derita kerana diganggu makhluk halus sejak berusia 14 tahun. Aria sering dirasuk dan bermimpi tentang silam dunia Ningsun. Akhirnya, Aria sembuh selepas dirawat secara tradisional oleh datuknya, Haji Syaaban (Abu Bakar Juah). Kini, Aria sudah bersedia untuk melanjutkan pelajaran di jurusan kejuruwatan profesional. Rakan baiknya, Aliff (Aeril Zafrel) juga belajar bidang seni grafik di kolej yang berdekatan.

Bermulalah hidup Aria di asrama sementara kolej yang diubahsuaikan daripada bangunan kolonial lama. Di sana, Aria berkenalan dengan Myra, Nurlida, Suhana dan juga seniornya Yasmin yang tidak berapa menyukainya.

Aria mula merasakan ada sesuatu yang memerhati dan mengekorinya. Gangguan awal mula berlaku namun Aria masih berjaya menguatkan semangatnya dan hanya menceritakan segalanya kepada Aliff kerana mahu berahsia daripada ibu bapanya.

Ibu Aria, Azlin (Siti Sharizah Saifuddin @ Eja) mula bimbang tentang Aria dan mengadu kepada suaminya, Kamal (Eizlan Yusuf). Kamal menyuruhnya lebih melakukan amalan agama daripada masih percaya tentang adanya gangguan hantu.

Yasmin mahu menguji Aria lalu dia merancangkan satu upacara mistik yang selalu diadakan oleh pelajar senior walaupun dibantah oleh warden mereka, Ustazah Tahirah (Aida Aris) (bnda nie mmg aku xsuka tol...dulu masa sek pun senior aku suka wat bnda2 nie) sengal bnda tu xde dipanggil2 bile dtg tau lak takuttt!!!

Upacara mistik umpama animisme dilakukan di sebuah bilik terbiar dan akhirnya mengundang padah apabila Ningsun hadir dan merasuk ke badan Aria. Sejak itu, Aria sering diganggu oleh Ningsun dan dia mahu mengetahui apakah rahsia di sebalik gangguan yang terus menghantui hidupnya sekian lama? Sedikit demi sedikit, kebenaran berjaya dibongkarkan.. Namun, apakah Aria dapat mententeramkan roh Ningsun yang sudah mula melakukan pembunuhan?"

Jangan lupa tgk cite nie setiap KHAMIS kol 9.30pm..Rumate aku (NANI) tolong la pulang awal sblm aku sesak nafas tgk cite seram nie... :D

DRAMA BERSIRI: Durja Ningsun

SIARAN: Slot Seram TV3 setiap Khamis, jam 9.30 malam

TERBITAN: Excellent Pictures

PRODUSER: Ahmad Idham Ahmad Nadzri/Azlan Shah Jaffril

PENGARAH: Ahmad Idham Ahmad Nadzri - terbaikkk la arahan ahmad idham!!

PELAKON: Erin Malek (Aria), Eizlan Yusof (Kamal), Eja (Azlin), Ariel Zafrel (Aliff), Abu Bakar Juah (Haji Shaaban), Aida Aris (Ustazah Tahirah)

3 comments:

carimakan said...

berani ka? jeng jeng jeng

fadhdeela said...

allo...brani la..hikhikhikhik pas tgk xkuar2 bilik.. :D

miToon said...

takuitnyaaaa,.....

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review