Thursday, October 21, 2010

Breast Cancer Awareness Month

Posted by FadhDeela at 11:28 AM
Reactions: 
October bln pink

Bln nie Bulan Kesedaran untuk Kanser Payu Dara so aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru smua wanita2 untuk selalu buat check-up untuk mengesan simptom-simptom awal kanser payu dara. Warna tema utk Breast Cancer Awareness Month nie adalah warna PINK..(warna pompuan biasa la) aku sndiri pun nak wat tp takuttt..hihihihi insyallah kalo ada masa aku akan g utk wat check up..
mlm td pun aku duk baca novel..kisah wanita kena breast cancer..aduhhh aiii seram sejuk lakkk aku baca penderitaan breast cancer nie..(meleleh2 air mata aku baca cite tu)

Aku bg info sikit pasal breast cancer ehsan Wikipedia..

Penyakit barah payudara merupakan barah tisu payudara / buah dada. Di seluruh dunia, ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut. Ada diantara puncanya adalah disebabkan pesakit lebih suka mendapatkan rawatan tradisi dan hanya bersetuju mendapatkan rawatan klinikal apabila sudah parah. Ini berbeza dengan negara maju di mana statistik di negara maju menunjukkan 80 hingga 85 peratus pesakit kanser payudara dapat menjalani kehidupan biasa setelah menjalani rawatan awal, berbanding hanya 58 peratus di Malaysia.

Pemeriksaan Sendiri:

Pemeriksaan payudara diri
bagi mengesan kehadiran benjol pada payudara perlu dilakukan sendiri setiap bulan, iaitu pada tiga atau empat hari selepas haid. Jika didapati ada perubahan pada buah dada, segera berjumpa doktor.

Antara perubahan itu ialah kulit menjadi kasar, wujud nodus (benjol keras), penterbalikan puting atau kulit, kulit berkedut dan menjadi merah, keluar cecair gelap atau darah dari puting atau nodus limpa di bawah ketiak membengkak.

“Ujian pemeriksaan kanser dilakukan secara manual (tangan) dan mamogram hanya untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi barah payudara perlu menjalani ujian mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35 tahun.

Usah takut untuk jalani pemeriksaan kesihatan, terutama wanita muda yang aktif melakukan hubungan seks. Ujian ini perlu dijalani sekurang-kurangnya setiap dua tahun sepanjang hayat walaupun usia mencecah 65 tahun.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian barah payudara, ultra sound dan ujian lumuran Pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Cara pemeriksaan sendiri

Ehsan encet gugel..
:: Berdiri di hadapan cermin
  • Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
  • Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payud ara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
  • Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.

:: Berbaring

Ehsan encet gugel

Untuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.

PENTING:

Dapatkan nasihat dari doktor jika terdapat:

  • Sebarang gumpalan.
  • Sebarang perubahan pada gumpalan yang timbul.
  • Sebarang perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit.
  • Puting tersorot ke dalam.
  • Terasa sakit pada payudara.

0 comments:

 

Selipar_Toilet Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review