CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 10, 2013

Video clip Sayang..funny!

https://www.youtube.com/watch?v=4OVU6M-LVQ8&feature=youtube_gdata_player

Xleh blah aku dgn video clip nie..hadoii nak terburai isi perut aku..hahaha terbaik hiburan mlm nie..

Wednesday, February 20, 2013

Fizz fairuz putus tunang????

Salam smua...

Pagi2 aku dh nk wat gosip tp aku xkira nk bgtau jugak..pg td otw g office dgr hot fm then am krew bgtau fizz fairus putus tunang..pts disebabkan tunang nyer tu isteri org..aiyoyo!!!

1 word aku nak bg "PADAN MUKA"!!! Nie smua karma..Allah byr cash..wat u give u get back laa..kepada almy nadia bersabar la syg insyallah anda akan dpt yg lebih baik dr fiZz..

Sblm nie aku mmg minat dgn fizz tp lepas dia menang Abph keperangai berubah terus aku xminat dia.. kacang lupakan kulit

Okla nnt kalo dpt lg info aku update yer!!

Info Terkini dr hmetro:

Kuala Lumpur: Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.
Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Sunday, February 3, 2013

Ilham Nasi Kukus Ayam Berempah..

Salam semua...

Hari nie lambat sikit post entry..biasa la wiken byk aktiviti yg buat..hihihi malam2 nie aku nak cite pasal makanan!!

Hadoi la aku nie mcm mana nak kurus mlm pun melantak nasi..hihi nasib laa yg penting dpt mkn makanan sedap!! Kekeke..

Aku nak rekomenkan kat korang smua nasi kukus ayam berempah yg super power!! Kira kedai nie mmg kedai fav aku la..ayam berempah dia dgn kuah cili dia mmg superb..mkn smpai nngs2 laa sbb pedas dan sedap!!

Nama kedai tu Ilham Nasi Kukus @Mutiara Damansara!!! Korang yg pengemar mknan pedas sila try..mmg aku yakin korang suka..


Meh tgk lak ayam dia...


Terliur? Blumm lg..ok tgk nasi dia lak


ok x? Kalo xterliur ermmmm korang g check doktor laaa hihihi

Friday, February 1, 2013

Makan sedap di Penang

Salam...

Malam nie aku nak story pasal makan best kat Penang..sbb last few week aku g penang..skrg nie slalu gile aku g penang biasa la jumpe cik abg..hahaha nak wat mcm mana cik abg ssh nak cuti so aku yg senang cuti nie la kena bkorban..

Benda yang paling aku suka g penang sbb leh mkn sedap woor..aku suka gile mkn nasi kandar dgn pasembor!! Paling best mkn nasi kandar kat nasi kandar Line Clear..pehh terbaik la!!

Nasi kandar yg aku xdpt rasa lg Nasi Kandar Beratur!! Tiap kali nak mkn mesti ramai giler org..huhu





Aku mkn pasembor nie kat gurney..kelakar org yg wat pasembor nie sbb dia msti menari masa nak tuang kuah pasembor tu hahah comey jer!! Nnt g penang lg aku msti nk g mkn kat nasi kandar beratur!!

Thursday, January 31, 2013

Berblog menggunakan HP

Testing..testing..testing!! Mengtest post entry pakai hp..kalo berjaya leh post bile2 masa dan di mana2 jer hihihi.. *^▁^*

Setia Hujung Nyawa


 Setia Hujung Nyawa..

Sekarang nie kat TV tgh hot cerita Setia Hujung Nyawa!! sana sini org duk cakap pasal drama nie..aku bpeluang tgk 2 kali jer..biasa la umah xde TV...huhu kesian kesian!!
Aku try gugel td nak cari mana tau leh download ke nnt leh layan...rupa2nyer cite nie adaptasi sebuah Novel..!! Kesian kuasa 3 dah nie..lambat btol keteapi aku..


Blk keje nie aku nak cari novel nie la kat Popular!! org selalu ckp Drama yg hits adaptasi novel lg best baca novel dia...Bg aku try baca dulu nnt aku share kat Entry Mari Membaca!!
Lg 1 knp org suka tgk cite nie sbb pelakon2 dia kot..aku suka sgt tgk Heroin dia.. Nelydia Senrose!! comey org dia..muka dia sedap jer mata memandang..btuahnyer muka cantik nie..hihi ada few pics dia aku kipnap dr gugel :)


 
 
 
 
 

Awie Hanya Tahu Cabang Perniagaan Kelab Malam, Cari Rezeki Untuk Keluarga

Salam,

Minggu nie mmg minggu free aku kat opis!! buhsan xde keje nak wat.. Kalo xde keje tu biasa la mlayan internet laa hihi

Pagi aku baca la blog Beautifulnara.. Aku tertarik nak share entry pasal awie nie.

Ihsan - BEAUTIFULNARA!!

Walapun ada pihak yang mempertikaikan tindakan Awie menjalankan perniagaan kelab malam yang bertempat di Ipoh, Perak, Awie mendakwa dia mempunyai perancangan untuk membuka tiga lagi cawangan kelab malamnya yang dipanggil Malai Rock Station.
Menurut mStar Online, Awie merancang membuka cawangan kelab malamnya Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang.

Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.
Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh.
Awie berkata berkata begitu kerana tidak puas hati dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lepas.

Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.
Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?
Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?
Tambah Awie lagi:-
Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.
Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?
Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?”
Errrmmm xtau nak ckp mcm mana dengan statement dia..!! kalo salah ckp kang marah lak peminat dia.. Saksikan pic2 seterusnyer:




SEKIAN TERIMA KASIH....Hahahahahaha